kerisnaga Publish time 19-11-2021 02:47 PM

Kes COVID-19 Switzerland capai rekod tertinggi

Edited by kerisnaga at 19-11-2021 02:49 PM

Kes COVID-19 Switzerland capai rekod tertinggi

November 19, 2021 @ 11:49am
https://assets.bharian.com.my/images/articles/virus_1637294251.jpg

Gambar hiasan. - Foto AGENSI


GENEVA: Switzerland tidak melaksanakan sekatan baharu COVID-19 walaupun kes baharu meningkat empat kali ganda dalam tempoh sebulan, mencecah paras tertinggi sepanjang tahun ini.


Menteri Kesihatannya, Alain Berset, berkata negara itu kini berdepan gelombang kelima COVID-19 dan semuanya akan bergantung pada tingkah laku penduduknya.


Katanya, walaupun virus itu pantas merebak terutama dalam kalangan orang muda yang kurang kemungkinan menghidap penyakit teruk, peningkatan kes membimbangkan kerana bilangan orang dewasa tanpa imuniti terlalu ramai.


Program vaksinasi minggu lalu sekurang-kurangnya berjaya meningkatkan jumlah suntikan yang bergerak perlahan sejak beberapa bulan lalu dan menteri berharap ia dapat ditingkatkan.

Sekurang-kurangnya 65 peratus penduduk Switzerland lengkap vaksinasi manakala dua peratus lagi sudah mendapat dos pertama.


Dengan kadar kes yang meningkat sejak pertengahan Oktober, pihak berkuasa Switzerland bimbang akan berlaku peningkatan kes hospital ketika musim sejuk bermula.


Minggu lalu, kemasukan ke hospital meningkat 25 peratus dan kematian meningkat lebih 80 peratus kepada 53 mangsa manakala unit rawatan rapi 77 peratus penuh, dengan 17 peratus daripada kapasiti keseluruhan diambil oleh pesakit COVID-19.


Pakar epidemiologi Universiti Bern, Christian Althaus, menggesa arahan kembali bekerja dari rumah dilaksana, ujian percuma dan pemakaian pelitup muka diwajibkan di kawasan tertutup susulan peningkatan kes.


"Sebarang sekatan terhadap kebebasan orang yang diberi vaksin mesti berasas, kita tidak boleh membiarkan mereka yang enggan divaksinasi terus membahayakan kita.
"Memandangkan kadar vaksinasi negara jiran seperti Jerman, Perancis dan Itali lebih tinggi, Switzerland mungkin mengalami musim sejuk yang sukar.


"Kita belum keluar dari zon bahaya lagi dan berdasarkan keadaan semasa, kita sekali lagi berada dalam keadaan kritikal menjelang Krismas," katanya kepada akhbar Neue Zurcher Zeitung.


Sebagai negara terkenal dengan sistem demokrasinya, Switzerland akan mengundi pada 28 November berhubung undang-undang COVID-19 termasuk sijil COVID untuk orang yang divaksin sepenuhnya, pulih atau diuji negatif.


Negara Eropah dikelilingi daratan dengan 8.6 juta penduduk itu merekodkan hampir 931,000 kes COVID-19 positif dengan tambahan hampir 6,000 semalam, manakala 10,926 kematian direkodkan sepanjang pandemik. - AFP


credit




Pages: [1]
View full version: Kes COVID-19 Switzerland capai rekod tertinggi


ADVERTISEMENT