kerisnaga Publish time 19-11-2021 02:18 PM

Pulau Pinang antara 5 negeri terendah beri dos penggalak

Edited by kerisnaga at 19-11-2021 02:19 PM

Pulau Pinang antara 5 negeri terendah beri dos penggalak

Nur Izzati Mohamad - November 19, 2021 @ 12:43pmbhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/galak19nov_1637296979.jpg
Foto hiasan


GEORGETOWN: Pulau Pinang direkodkan antara lima negeri terendah penduduknya menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Norlela Ariffin, berkata negeri itu mempunyai lebih 500,000 individu yang layak bagi mendapatkan suntikan dos penggalak.
Bagaimanapun, katanya hanya lebih 32,000 individu sahaja yang menerima suntikan pelalian berkenaan setakat ini.
"Mengikut carta, Pulau Pinang masih lima yang terendah di antara negeri-negeri lain apabila semalam merekodkan 2,589 suntikan harian dos penggalak dengan jumlah kumulatif diberikan setakat ini 32,332 suntikan," katanya di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Norlela berkata, Pulau Pinang juga akan memulakan pendaftaran untuk mereka yang ingin disenaraikan dalam janji temu mendapatkan dos penggalak dengan lebih awal.
"Sehingga kini, kita mempunyai 74 klinik swasta dan lapan hospital swasta terbabit bagi pemberian vaksin dos penggalak ini.
"Untuk bahagian pulau, ada tambahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dos penggalak di Sunshine Square yang boleh memberi pelalian dengan kapasiti 1,500 dos sehari," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa warga Pulau Pinang yang layak, mengambil suntikan dos penggalak untuk perlindungan tambahan daripada jangkitan COVID-19.
sumber






Pages: [1]
View full version: Pulau Pinang antara 5 negeri terendah beri dos penggalak


ADVERTISEMENT