kerisnaga Publish time 19-11-2021 12:40 PM

4 wanita antara 22 ditahan berparti

4 wanita antara 22 ditahan berparti

Essa Abu Yamin - November 19, 2021 @ 12:02pmbhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/gari-pdrm-hiasan_1637294532.jpg
Gambar hiasan

BATU PAHAT: Seramai 22 individu termasuk empat wanita ditahan polis ketika berhibur dalam 'parti tertutup' di sebuah rumah inap di Taman Pura Kencana, Sri Gading dekat sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat membuat satu serbuan ke atas sebuah rumah inap pada jam 1.30 pagi.


"Hasil pemeriksaan di rumah teres dua tingkat berkenaan yang dipercayai disewa dua hari mendapati seramai 22 orang warga tempatan berada di dalam rumah berkenaan.


"Ketika serbuan, kesemua suspek sedang berkumpul dan berhibur sambil mendengar muzik serta dipercayai di bawah pengaruh dadah," katanya dalam kenyataan dekat sini, hari ini.


Ismail berkata, mereka yang ditahan berumur di antara 16 hingga 23 tahun, dibawa ke IPD Batu Pahat untuk ujian saringan air kencing.


"Hasil ujian saringan berkenaan mendapati seramai 18 lelaki dan empat wanita berkenaan positif dadah jenis ketamin dan kes siasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


"Kompaun juga dikeluarkan mengikut Peraturan 17(2), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kepada kesemua suspek," katanya.




sumber










Pages: [1]
View full version: 4 wanita antara 22 ditahan berparti


ADVERTISEMENT