kerisnaga Publish time 19-11-2021 12:35 PM

3 PPS dibuka di Kubang Pasu

3 PPS dibuka di Kubang Pasu

Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 19, 2021 @ 9:28ambhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo_2021-11-19_08-06-03_1637285492.jpg
Antara PPS yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di Kubang Pasu. - Foto ihsan APM


KUBANG PASU: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka susulan banjir melanda daerah ini sejak semalam, dengan menempatkan 49 mangsa membabitkan 11 keluarga dari tiga kampung.


Seramai 10 mangsa terbabit (dua keluarga) berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Binjal, 11 mangsa (tiga keluarga) di PPS Dewan Kampung Nongka, dan 28 mangsa (enam keluarga) di PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang, setakat jam 8 pagi tadi.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/19bnj_1637286025.jpgAnggota APM Kubang Pasu menyukat paras banjir yang melanda sejak semalam. - Foto ihsan APM

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff, berkata PPS Dewan Kampung Nongka dan SK Binjal dibuka jam 11.30 malam, manakala PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang pula jam 3 pagi tadi.


Beliau berkata, hujan lebat melebihi dua jam bermula jam 3.30 petang semalam telah menyebabkan paras air sungai berhampiran kawasan kampung terbabit meningkat.


"Antara lokasi dinaiki air ialah Jalan Changlun-Jitra (di hadapan Taman Jelutong, Changlun), Taman Sri Menanti, Taman Pertama, Taman Resak dan Jalan Sintok di Mukim Temin.


"Selain itu, paras air turut meningkat di Kampung Padang Pasir di Mukim Sungai Laka, Kampung Bendang Dalam Mukim Binjal dan Kampung Tengah di Mukim Hosba," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


sumber






Pages: [1]
View full version: 3 PPS dibuka di Kubang Pasu


ADVERTISEMENT