kerisnaga Publish time 19-11-2021 12:29 PM

Rawatan Mohd Fareez akan diuruskan dengan baik - TUDM

Edited by kerisnaga at 19-11-2021 12:30 PM

Rawatan Mohd Fareez akan diuruskan dengan baik - TUDM

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 19, 2021 @ 10:39ambhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/19fareez_1637289575.jpg
Mejar Mohd Fareez Omar - Foto ihsan TUDM


BUTTERWORTH: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memastikan rancangan rawatan perubatan Mejar Mohd Fareez Omar, 33, yang mengalami kecederaan akibat nahas pesawat Hawk 108 pada Selasa lalu, diuruskan dengan baik.


Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan Mohd Fareez yang cedera di bahagian tulang belakang, selamat menjalani pembedahan dan dilaporkan telah sedar serta berada dalam keadaan stabil.


"Mohd Fareez kini berada dalam pemantauan pegawai perubatan dan memerlukan rawatan susulan.


"Bagi rancangan rawatan lanjut beliau, TUDM akan terus memastikan urusan rawatan perubatan terbabit diuruskan dengan sebaik-baiknya.


"Urusan kebajikan isteri dan dua anaknya yang masing-masing berusia tiga tahun dan lima bulan, dikoordinasi oleh Pangkalan Udara Butterworth," katanya.


Menurut kenyataan itu lagi, TUDM sudah menubuhkan Lembaga Siasatan untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden kemalangan pesawat terbabit.


"TUDM meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan berita tidak sahih, selain turut mendoakan kesembuhan Mohd Fareez," katanya.


Media semalam melaporkan Mohd Fareez selamat menjalani pembedahan dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemerhatian dan pemantauan rapi doktor.


Dalam kejadian jam 10.07 malam Selasa lalu, sebuah pesawat Hawk milik TUDM dilaporkan terhempas di Pangkalan Udara Butterworth ketika dua juruterbangnya mengadakan sesi latihan penerbangan malam.


Insiden itu menyebabkan Mohd Fareez mengalami kecederaan, manakala Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, terkorban.




sumber






safi_roses Publish time 19-11-2021 12:54 PM

semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan. amin.
Pages: [1]
View full version: Rawatan Mohd Fareez akan diuruskan dengan baik - TUDM


ADVERTISEMENT