tari Publish time 19-11-2021 07:19 AM

Wanita luah 'cinta' pada singa dicari

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/podah18HM_1637274616.jpg
TANGKAP layar daripada video menunjukkan insiden berkenaan. FOTO AGENSI


Washington: Polis mencari seorang wanita yang 'meluahkan cintanya' kepada singa di Zoo Bronx, New York, minggu lalu.
Bukan itu saja, dia memanjat penghadang yang mengelilingi kandang sambil melemparkan wang AS$100 (RM416) ke udara, menurut saksi.

Independent melaporkan, polis merayu kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat dalam mencari wanita itu.
Kejadian itu berlaku kira-kira 4 petang, Khamis minggu lalu, dengan wanita itu berkata: "Raja, saya sayang awak, saya kembali untuk awak".
Dalam satu kenyataan, zoo berkenaan memaklumkan bahawa kakitangan dimaklumkan bahawa seorang wanita melintasi penghadang awam berhampiran kandang singa.

"Insiden itu hanya berlaku beberapa minit dan wanita itu sudah beredar apabila kakitangan tiba di tempat kejadian," katanya.
Video yang diambil oleh pelawat zoo lain menunjukkan wanita itu yang berpakaian serba merah dengan skaf harimau bintang melemparkan sejambak mawar ke arah singa di situ.
Dia kemudian mula melemparkan wang itu ke udara dan menari ke arah binatang itu serta menepuk-nepuk bahagian badannya sendiri.
Disiarkan pada: November 19, 2021 @ 6:30amsumber

Pages: [1]
View full version: Wanita luah 'cinta' pada singa dicari


ADVERTISEMENT