tari Publish time 19-11-2021 07:12 AM

Wanita 104 tahun lulus ujian literasi

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/18HMwan_1637272881.jpg
KUTTIYAMMA Konthi. FOTO Twitter


New Delhi: Wanita berusia 104 tahun dari Kerala, India menjadi antara pelajar tertua di dunia selepas lulus ujian asas literasi.
Kuttiyamma Konthi dari Kottayam mendapat 89 daripada 100 markah dalam ujian Misi Literasi Negeri Kerala yang setara dengan pendidikan peringkat rendah, 10 November lalu.
The National News melaporkan, ujian tahunan itu dianjurkan di bawah projek celik huruf kerajaan negeri yang bertujuan mengurangkan kadar buta huruf dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat di Kerala.
Negeri itu mempunyai kadar celik huruf tertinggi hingga 96.2 peratus.
Kottayam adalah daerah tertinggi mencatatkan kadar literasi.

Dalam tempoh dua tahun lalu, Kerala memperuntukkan 15 peratus daripada belanjawan tahunannya untuk pendidikan.

Lebih 500 menduduki ujian literasi itu, dengan Kuttiyamma adalah calon tertua.
Dia mengambil ujian membaca, menulis dan mengira selama tiga jam dalam Bahasa Malayalam.
Warga emas itu juga dengan yakin menjawab semua soalan dan menyanyikan keseluruhan lagu sebagai jawapan kepada soalan yang memerlukan responden menyanyikan empat baris, mana-mana puisi.
Disiarkan pada: November 19, 2021 @ 6:01amsumber

Pages: [1]
View full version: Wanita 104 tahun lulus ujian literasi


ADVERTISEMENT