kerisnaga Publish time 18-11-2021 09:47 PM

Dua petugas KKM cedera, ambulans kemalangan

Edited by kerisnaga at 18-11-2021 09:48 PM

Dua petugas KKM cedera, ambulans kemalangan

Nurul Amanina Suhaini
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/1118rsnurse_1637241556.jpg
Dua petugas Kementerian Kesihatan (KKM) cedera selepas ambulans yang dinaiki terbabit kemalangan dua kenderaan lain dalam kejadian di Kilometer 68.5 Jalan Sungai Rengit - Kota Tinggi, Kota Tinggi. FOTO IHSAN POLIS JOHOR


Kota Tinggi: Dua petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cedera selepas ambulans dinaiki terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kilometer 68.5 Jalan Sungai Rengit - Kota Tinggi, hari ini.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan membabitkan ambulans, kereta Proton Saga dan kereta Perodua Kenari itu pada 12.25 tengah hari.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta Proton Saga berusia 26 tahun dari arah Kota Tinggi hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan ambulans dari arah Sungai Rengit menghala ke Kota Tinggi.


"Pada masa sama, sebuah Perodua Kenari yang berada di belakang ambulans itu cuba mengelak ke kiri jalan, tetapi terlanggar belakang ambulans lalu terbabas ke dalam longkang.


"Akibat kejadian itu, pemandu ambulans dari Klinik Air Tawar berusia 51 tahun dan penumpang belakangnya iaitu jururawat berusia 37 tahun cedera," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, pemandu kereta Proton Saga dan penumpangnya berusia 45 tahun parah manakala pemandu kereta Perodua Kenari tidak cedera.


Katanya, semua mangsa cedera dibawa ke Hospital Kota Tinggi dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 9:19pm

sumber




Thunderclouds Publish time 18-11-2021 10:11 PM

Takziah. Moga dpermudahkn urusan utk depa suma.
Pages: [1]
View full version: Dua petugas KKM cedera, ambulans kemalangan


ADVERTISEMENT