kerisnaga Publish time 18-11-2021 09:39 PM

Tiru aksi Salt Bae, penjual mi di Vietnam dipanggil polis

Tiru aksi Salt Bae, penjual mi di Vietnam dipanggil polis

November 18, 2021 @ 7:47pm

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bae_1637236010.jpg
Polis Vietnam memanggil seorang penjual mi selepas dia merakam dirinya menyamar sebagai chef selebriti Nusret Gokce, lebih dikenali sebagai Salt Bae. - Foto AFP


BANGKOK: Polis Vietnam memanggil seorang penjual mi selepas dia merakam dirinya menyamar sebagai seorang chef selebriti Salt Bae yang turut dikenali menyediakan hidangan stik dengan kepingan daun emas kepada seorang pegawai kerajaan di sebuah restoran mewah di London, baru-baru ini.
Peter Lam Bui, bekas aktivis, mengeluarkan sebuah video di Facebook yang menunjukkan dia menabur herba ke dalam sebuah mangkuk mi sup daging sama seperti Chef Turki, Nusret Gokce itu.
Ia hadir selepas menteri keselamatan awam, To Lam dirakam dihidangkan stik di restoran Knightsbridge, awal bulan ini yang menjadi tular di Vietnam.
Restoran Nusr-Et Steakhouse menyajikan stik yang dibalut dengan kepingan daun emas 24 karat yang boleh dimakan dan dilaporkan berharga lebih AS$1,000 (RM4,180) dan ia mencetuskan kemarahan rakyat kerana Vietnam kini bergelut dengan gelombang COVID-19 yang dahsyat.
To Lam dalam lawatan itu dikatakan melawat kubur Karl Marx di London, yang menjadi bapa ideologi komunis.
Bui, yang menggelar dirinya sebagai 'Daun Bawang Bae' dalam rakaman yang diposkan minggu lalu didatangi polis di rumahnya di Danang.
Dalam video yang dirakamkan oleh Bui, dia didengari bertanya kenapa dipanggil, namun pegawai itu enggan menjawab.
Namun, tidak dapat dipastikan bila polis hadir memanggil Bui Lam ahli politik berkuasa di Vietnam yang menjadi menteri keselamatan awam sejak 2016 dan sudah mengenakan tindakan keras terhadap pergerakan hak asasi manusia di negara komunis itu. - AFP
credit




Pages: [1]
View full version: Tiru aksi Salt Bae, penjual mi di Vietnam dipanggil polis


ADVERTISEMENT