kerisnaga Publish time 18-11-2021 08:48 PM

Beberapa kawasan di Kubang Pasu dilanda banjir kilat

Beberapa kawasan di Kubang Pasu dilanda banjir kilat

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/banjirlilpasu1_1637238802.jpg
PEKERJA di sebuah kilang di Jalan Malau terpaksa meranduk air selepas kawasan itu dinaiki air dalam kejadian banjir kilat. FOTO Ihsan pembaca


Kubang Pasu: Hujan lebat lebih dua jam bermula 3.30 petang hari ini menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini ditenggelami air akibat banjir kilat.
Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kubang Pasu merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, antara lokasi dinaiki air adalah di Jalan Changlun-Jitra (berhadapan Taman Jelutong di Changlun, Taman Sri Menanti, Taman Pertama, Kampung Padang Pasir, Taman Resak dan Jalan Sintok, Mukim Temin.
Beliau berkata, air naik di Jalan Changlun -Jitra (hadapan Taman Jelutong menyebabkan berlaku kesesakan di sepanjang laluan lebuh raya Jitra-Changlun di kedua-dua arah.
"Selain itu, air dilaporkan naik di Kampung Padang Panjang, Mukim Malau selain beberapa kawasan di sepanjang Jalan Kodiang-Changlun dilaporkan digenangi air.
"Sehingga kini pemantauan sedang dilakukan, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, seorang pengguna jalan raya, Ahmad Asyraf Ismail, 34, berkata, Jalan Malau berhampiran kilang di kawasan itu dinaiki air setinggi 0.4 meter sehingga menyebabkan pekerja kilang terkandas.
Katanya, dia yang hendak menjemput adiknya pulang dari kilang itu terpaksa meletakkan kenderaan lebih jauh kerana kawasan itu dipenuhi air akibat banjir kilat.
Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 8:33pm






Pages: [1]
View full version: Beberapa kawasan di Kubang Pasu dilanda banjir kilat


ADVERTISEMENT