kerisnaga Publish time 18-11-2021 07:41 PM

Isu judi di Kedah: Sanusi tidak gentar tindakan undang-undang

Isu judi di Kedah: Sanusi tidak gentar tindakan undang-undang
ROSHILA MURNI ROSLI | | 18 November 2021

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/11/18/1272535.jpg
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak gentar dengan sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil berkaitan keputusannya dalam isu lesen perjudian di Kedah.


Beliau berkata, keputusan yang diambilnya untuk tidak memberi kelulusan lesen premis perjudian tidak melanggar mana-mana undang-undang dalam negara.


Namun begitu, beliau tidak menghalang dan bersedia sekiranya ada pihak yang ingin membawa isu berkenaan ke mahkamah.


"Saya buat kerja berdasarkan undang-undang, jika ada pihak yang rasa tindakan saya tutup premis judi langgar undang-undang, dia boleh teruskan dengan membawanya ke mahkamah.


"Kelantan dan Terengganu pun buat perkara yang sama, tetapi tiada tindakan undang-undang yang dikenakan kepada mereka sampai sekarang," katanya ketika sidang akhbar secara dalam talian selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 di Wisma Darul Aman di sini pada Khamis.


Muhammad Sanusi berkata, keputusannya berkaitan isu premis judi berkenaan juga adalah muktamad dan tidak akan berubah.


"Keputusan ini muktamad, tidak ada ruang untuk berbincang lagi. Lagipun ia bukan isu agama cuma isu berkaitan lesen premis perjudian sahaja," katanya.


Pada Ahad, Kedah menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lagi akan memberi kelulusan lesen premis perjudian selain mengehadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri berkuatkuasa serta-merta.


'Saya tak melarikan diri daripada masalah'
Muhammad Sanusi berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco minggu lalu bagi mengelak mudarat yang lebih besar kepada penduduk.


Dalam pada itu, seorang individu turut membuat ciapan di media sosial mendakwa tindakan kerajaan negeri Kedah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Kedah boleh berhadapan dengan tindakan mahkamah.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/173184/EDISI/Isu-judi-di-Kedah-Sanusi-tidak-gentar-tindakan-undang-undang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

musangbodoh Publish time 19-11-2021 03:06 AM

salah sorang saksi pendakwa mgkn mufti penang tu...mgkn lah;P
Pages: [1]
View full version: Isu judi di Kedah: Sanusi tidak gentar tindakan undang-undang


ADVERTISEMENT