kerisnaga Publish time 18-11-2021 07:30 PM

'Fareez stabil, terima kasih atas doa semua'

Edited by kerisnaga at 18-11-2021 07:31 PM

'Fareez stabil, terima kasih atas doa semua'

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 18, 2021 @ 5:55pmbhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/fafas_1637230258.jpg
Mejar Mohd Fareez Omar, juruterbang pesawat pejuang Hawk 108 yang terselamat dalam nahas letupan mengorbankan rakannya, semalam. - Foto MEDIA SOSIAL


BUTTERWORTH: Keluarga kepada Mejar Mohd Fareez Omar yang terselamat dalam nahas pesawat Hawk 108 kelmarin, menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu pulih.


Bapanya, Mejar (B) Omar Deros, 62, sempat bertemu anaknya itu semalam dan memaklumkan Mohd Fareez stabil namun masih lemah kerana menanggung kesakitan pada bahagian pinggang dan tulang belakang.


"Alhamdulillah, anak saya sudah boleh bercakap sedikit, boleh sebut 'abah' dan 'mak' ketika kami berjumpa semalam tetapi keadaannya masih lemah kerana kesakitan dialami.


"Semalam juga, dia menjalani pembedahan pada jam 7 malam dan berakhir pada jam 11 malam.


"Dia kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya untuk pemerhatian dan pemantauan rapi doktor.


"Bagi pihak keluarga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan Mohd Fareez," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Dalam kejadian jam 10.07 malam kelmarin, sebuah pesawat Hawk milik TUDM dilaporkan terhempas di Pangkalan Udara Butterworth ketika dua juruterbangnya mengadakan sesi latihan penerbangan malam.


Insiden menyebabkan Mohd Fareez, 33, cedera manakala rakannya, Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, maut di lokasi kejadian.


Laporan bedah siasat mendapati Mohamad Affendi mengalami pelbagai kecederaan susulan nahas udara terbabit.




sumber










Pages: [1]
View full version: 'Fareez stabil, terima kasih atas doa semua'


ADVERTISEMENT