kerisnaga Publish time 18-11-2021 06:58 PM

MATA mohon SOP pelancong antarabangsa dikaji semula

MATA mohon SOP pelancong antarabangsa dikaji semula

Oleh Hamzah Osman - November 18, 2021 @ 3:34pmbhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/18bh18zx18_1637220834.jpg
Pulau Langkawi jadi projek rintis program gelembung pelancongan antarabangsa sejak 15 November tetapi setakat ini tiada penerbangan antarabangsa mendarat di pulau itu


LANGKAWI: Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) meminta kerajaan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pelancong antarabangsa menerusi program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Projek Rintis Pulau Langkawi bermula Isnin lalu.

Presidennya, Datuk Mohd Khalid Harun, berkata ini berikutan pihaknya menerima banyak rungutan ahli dan agensi pelancongan di negara lain mengenai SOP dikenakan pihak berkuasa Malaysia yang didakwa menyusahkan mereka.
"Kerajaan mengumumkan pembukaan semula kemasukan pelancong asing ke Langkawi sebagai projek rintis mulai 15 November lalu, tetapi tidak dapat direalisasikan sepenuhnya kerana tiada penerbangan antarabangsa mendarat di Langkawi.
"Kita minta kerajaan contohi SOP dikenakan negara seperti Arab Saudi, Thailand, United Kingdom dan Eropah berkaitan kemasukan pelancong asing yang dilihat lebih mesra," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Khalid berkata, pihaknya yakin perkara itu dapat diatasi sekiranya perbincangan dibuat secara terperinci bersama syarikat penerbangan serta penggiat industri dalam dan luar negara.
"Sebagai contoh, United Kingdom mengenakan syarat setiap pelancong perlu mengisi borang 'Passenger Locator' secara dalam talian sebelum mereka tiba di negara itu, selain pelawat dikehendaki menempah ujian RT-PCR yang dibuat selepas dua hari ketibaan mereka.
"Ujian ini dilakukan di tempat penginapan tanpa perlu ke klinik atau ke tempat ujian PCR. Ini sangat memudahkan pelancong mereka," katanya.
Beliau berkata, ketika ini semua sedia maklum, ramai rakyat Malaysia ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah dengan SOP yang sangat mesra.
"Kerajaan juga perlu membenarkan pengembara secara persendirian (Free Independent Travelers) untuk masuk ke negara ini dan bukan hanya kepada pengembara secara berkumpulan.
"Keadaan telah berubah, apabila pelancong memilih mengembara secara persendirian atau bersama keluarga yang menjadi trend masa kini," katanya.
Pada masa sama, beliau meminta kerajaan membabitkan pemain industri tempatan untuk duduk semeja dalam mengeluarkan SOP yang lebih mesra dalam menjayakan projek rintis ini.
sumber





Pages: [1]
View full version: MATA mohon SOP pelancong antarabangsa dikaji semula


ADVERTISEMENT