YgBenar Publish time 18-11-2021 06:46 PM

Macam Permainan ‘Lampu Merah Lampu Hijau’, Si Oyen Berhati-hati Melangkah Risau Kantoi Bergerak

Edited by YgBenar at 20-11-2021 11:49 AM

https://youtube.com/shorts/Ayy_S-KKguY?feature=share

Kalau pernah tengok siri Squid Game di Netflix, sudah pasti anda mengetahui mengenai permainan ‘Lampu Merah Lampu Hijau’. Walaupun permainan itu mempunyai unsur pembunuhan, namun apa yang dilakukan oleh kucing ini seakan-akan sama dengan permainan tersebut.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok Sarah.Andre dapat dilihat si Oyen sedang bermain ‘lampu merah lampu hijau’ dengan tuannya.

Didalam video tersebut dilihat Oyen berhenti berjalan dan kaku apabila pemiliknya Emilythrune memaling wajah beliau persis seperti permainan ‘lampu merah lampu hijau’.

Ditambah lagi dengan muzik latar belakang yang diisi ialah lagu tema drama tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang memberikan reaksi yang menggelikan perut:

Kelsey Mac: ‘Kucing itu akan jadi 45.6 bilion won lebih kaya nanti’

Gambar: TikTok Sarah.Andre
Whysoserious: ‘Kucing tersebut baru sahaja selesai menonton ‘Squid Game”

Gambar: TikTok Sarah.Andre
s.codec: ‘Squid Cat’

Gambar: TikTok Sarah.Andre
Sumber: TikTok Sarah.Andre




https://youtube.com/shorts/Ayy_S-KKguY?feature=share

Artemesiaa Publish time 21-11-2021 01:15 PM

Seronok layan kucing cerdik macam tu
Pages: [1]
View full version: Macam Permainan ‘Lampu Merah Lampu Hijau’, Si Oyen Berhati-hati Melangkah Risau Kantoi Bergerak


ADVERTISEMENT