kerisnaga Publish time 18-11-2021 01:00 PM

Dunia perlu bersedia awal hadapi pandemik seterusnya

Dunia perlu bersedia awal hadapi pandemik seterusnya

November 18, 2021 @ 12:08pm


https://assets.bharian.com.my/images/articles/tharman-shanmugaratnam_2_1637208472.jpg
Menteri Kanan Singapura, Tharman Shanmugaratnam. - Foto AFP


SINGAPURA: Dunia perlu membuat persiapan lebih awal untuk menghadapi pandemik seterusnya dengan mengambil iktibar daripada pengalaman menghadapi COVID-19.
Menteri Kanan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, berkata usaha itu memerlukan kerjasama antarabangsa dan antara sektor swasta dan awam serta perkongsian risiko secara global.
"Terutama sekali dalam memastikan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran manakala pengagihan vaksin terus diperkukuh pada peringkat awal lagi.
"Persiapan awal dan kerjasama yang lebih mendalam antara sektor swasta serta awam diperlukan kerana pasaran swasta tidak dapat melakukannya sendiri disebabkan faktor yang tidak menentu jika berlakunya sesuatu pandemik.
"Kos persiapan awal sangat rendah berbanding kos yang akan diperlukan jika tiada persiapan dilakukan. Ini kita pelajari melalui pandemik COVID-19," katanya pada Forum Ekonomi Baru Bloomberg semalam.
Menurut Tharman, dunia memerlukan badan R&D global seperti agensi pembangunan vaksin Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Lanjutan Bioperubatan (BARDA) di Amerika Syarikat (AS).
"Kita perlukan BARDA global, ini kita perlu sediakan dari awal lagi, bersama perkongsian risiko kewangan awam, baik dari segi R&D hingga membangunkan keupayaan pengeluaran," katanya.
Beliau adalah salah seorang anggota panel perbincangan forum 'Pemulihan Global Dua-Kelajuan: Bahaya Jurang Kaya-Miskin yang semakin Meluas'.
Sesi itu membincangkan cara terbaik supaya negara maju, yang kini dalam proses pulih daripada kesan pandemik COVID-19, dapat bekerjasama dan membantu negara membangun yang masih berusaha menangani virus itu.
Antara topik lain yang dibincangkan semasa sesi itu termasuk peranan teknologi kewangan (fintech) dalam usaha merapatkan jurang perbezaan antarabangsa.
Anggota panel juga bersetuju bahawa teknologi seperti 'blockchain' dan kripto membuka pelbagai peluang dalam mewujudkan sistem kewangan yang lebih inklusif.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PayPal, Dan Schulman, pandemik COVID-19 mendedahkan trend yang sudah lama wujud sebelum ini dan berkata lebih 1.7 bilion orang seluruh dunia tidak mempunyai akses kepada khidmat kewangan.
"Saya rasa dunia perniagaan kini semakin sedar akan pihak berkepentingan lain termasuk kakitangan kami, pemerintah, pengawal selia dan pelanggan.
"Kita perlu memikirkan mengenai peranan kita sebagai syarikat dan memastikan keuntungan dan tujuan dapat dicapai bersama.
"Selain untuk meraih keuntungan, kita juga perlu fikirkan kesan yang kita dapat tinggalkan di dunia," katanya. - AGENSI

credit











Pages: [1]
View full version: Dunia perlu bersedia awal hadapi pandemik seterusnya


ADVERTISEMENT