kerisnaga Publish time 18-11-2021 12:48 PM

15 ditembak mati dalam tunjuk perasaan di Sudan

15 ditembak mati dalam tunjuk perasaan di Sudan

November 18, 2021 @ 11:11am


https://assets.bharian.com.my/images/articles/SUDAN_PROTEST_COUP_A%E2%80%8BTTEMPT_1637205069.jpg
Penduduk Sudan menyertai tunjuk perasaan di ibu negara, Khartoum, menentang rampasan kuasa oleh tentera. - Foto EPA


KHARTOUM: Pasukan keselamatan Sudan menembak mati sekurang-kurangnya 15 penunjuk perasaan anti rampasan kuasa dan mencederakan puluhan lagi.
Semua mangsa dikenal pasti di utara Khartoum, sekali gus jumlah kematian meningkatkan kepada 39 orang dan beratus cedera akibat pergolakan sejak tentera merampas kuasa pada 25 Oktober lalu.
Penganjur protes dari Persatuan Profesional Sudan (SPA) berkata pembunuhan beramai-ramai hari ini mengukuhkan slogan mereka bahawa 'tiada rundingan, tiada perkongsian, tiada kompromi' dengan tentera.
Penunjuk perasaan turun berarak di jalanan seluruh ibu negara walaupun talian telefon dan perkhidmatan internet terganggu sejak tentera mengambil alih.
Mereka melaungkan 'rakyat memilih pemerintahan awam' sambil menjerit slogan menentang pemerintah Sudan, Jeneral Tertinggi Abdel Fattah al-Burhan, sebelum kejadian bertukar menjadi ganas.
Ketika pertembungan itu, pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata mencederakan beberapa penunjuk perasaan, namun polis menafikan menggunakan peluru hidup dan siasatan mengenainya dijalankan.
Bagaimanapun, kesatuan doktor menyatakan kebanyakan mangsa mengalami luka tembakan di kepala, leher atau badan.
Usaha untuk membendung protes menyaksikan ratusan orang ditangkap, termasuk aktivis, orang yang lalu-lalang dan wartawan termasuk Ketua Biro rangkaian Al Jazeera Qatar yang ditangkap tetapi dibebaskan kelmarin.
Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan menyatakan pasukan keselamatan turut menahan orang yang cedera di dalam hospital Khartoum.
SPA mengecam 'jenayah besar terhadap kemanusiaan' itu dan menuduh pasukan keselamatan sebagai 'pembunuhan terancang'. - AFP
credit







Pages: [1]
View full version: 15 ditembak mati dalam tunjuk perasaan di Sudan


ADVERTISEMENT