tari Publish time 18-11-2021 12:27 PM

Lonjakan kematian akibat terlebih dos dadah di AS

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/18hmpil_1637199468.jpg
FOTO HIASAN


Washington: Kematian akibat dos dadah berlebihan di Amerika Syarikat (AS) melonjak kepada lebih 100,000 buat kali pertama, ketika pandemik Covid-19.
Krisis itu berpunca daripada ubat tahan sakit dan diburukkan lagi dengan lambakan pil palsu yang dijual dalam talian, lapor AFP.
Pakar berkata, mereka yang menggunakannya mengalami gangguan kehidupan yang teruk dan pada masa sama, pihak berkuasa merampas sejumlah ubat tiruan serta berbahaya dari Mexico.
Presiden AS Joe Biden berkata, ketika pihaknya berterusan melawan Covid-19, pentadbirannya tidak boleh mengabaikan isu itu yang memberi kesan kepada keluarga dan masyarakat di seluruh negara.
Antara April 2020 dan April 2021, negara itu mencatatkan 100,306 kematian akibat dos dadah berlebihan, meningkat 28.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya iaitu bersamaan dengan satu kematian setiap lima minit.


Secara keseluruhan, penyalahgunaan dadah menyumbang 75,673 daripada 100,306 kematian, dengan sebahagian besar daripada dadah sintetik, terutamanya ubat tahan sakit.
"Sudah tiba masanya untuk menerima hakikat bahawa krisis ini nampaknya semakin teruk. Kami memerlukan kerjasama semua.
"Kami melihat wajah keluarga yang bersedih dan semua penjaga yang prihatin. Anda mendengarnya setiap kali anda mendapat panggilan telefon 911.
"Anda membacanya dalam pemberitahuan kematian anak lelaki dan perempuan, yang pergi terlalu cepat dan sejak Covid-19 melanda, ia menjadi lebih teruk," kata Setiausaha Kesihatan Xavier Becerra kepada media.
Covid-19 membunuh kira-kira 508,000 orang di AS dalam jangka masa yang sama, menurut Our World in Data.
Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 9:38am


Pages: [1]
View full version: Lonjakan kematian akibat terlebih dos dadah di AS


ADVERTISEMENT