tari Publish time 18-11-2021 12:23 PM

RM6.36 juta untuk pembangunan agromakanan di Selangor

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ZAHIMI_1637208267.jpg
DATUK Zahimi Hassan. FOTO Bernama


Klang: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukkan sejumlah RM6.36 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri Selangor sebagai usaha menyokong pembangunan industri agromakanan negara tahun ini.
Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Zahimi Hassan berkata, peruntukan itu merangkumi pelbagai insentif kepada golongan sasar di Selangor.
"Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 3.6 juta bagi Program Kebuniti yang memberi manfaat kepada 117 komuniti yang terdiri daripada 1,400 golongan sasar di negeri Selangor," katanya.
Terdahulu beliau menyampaikan insentif pertanian bandar dan serahan bantuan MAFI Prihatin di Program MAFI Prihatin dan Walkabout Program Pertanian Bandar Negeri Selangor di Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Putera di sini hari ini.


Turut hadir, Ketua Setiausaha MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid dan Pengarah Pertanian Negeri Selangor, Azahar Ibrahim.
Sementara itu, Haslina pula berkata, program berkenaan adalah platform terbaik MAFI untuk membantu kumpulan sasar merasai kesan positif daripada limpahan ekonomi pertanian melalui projek pembangunan berimpak tinggi seperti Program Kebuniti Jabatan Pertanian.
Katanya, projek berkenaan semakin mendapat perhatian dan minat masyarakat kerana dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
"Program ini turut mendapat kerjasama Persatuan Gabungan Pekebun Buah-Buahan Malaysia (FMFFA) dan Persatuan Pekebun Buah-buahan Negeri Selangor/Kuala Lumpur yang melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui sumbangan 600 bakul makanan makanan asas seperti beras, gula, tepung untuk diserahkan kepada kumpulan sasar yang dikenal pasti.
"Saya berharap sumbangan ini dapat membantu kebajikan dan meningkatkan semangat penduduk dalam suasana ketika ini.
"Saya merakamkan penghargaan kepada pihak industri yang memberikan sumbangan," katanya.
Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 12:04pmsumber

Pages: [1]
View full version: RM6.36 juta untuk pembangunan agromakanan di Selangor


ADVERTISEMENT