Tinot7 Publish time 18-11-2021 04:32 AM

Teman mandi

Edited by Tinot7 at 18-11-2021 04:34 AM

https://fiksyenshasha.com/teman-mandi/


Asalamualaikum semua, harini aku nak kongsikan cerita seram dan pelik pernah jadi dalam hidup aku. Sekitar tahun 2016, waktu tu aku masih seorang pelajar dan menuntut di sebuah institusi tempatan di Negeri Sembilan. Aku ditempatkan di dorm paling atas di hujung koridor kanan berdekatan dengan tangga. Aku berkongsi bilik tersebut dengan seorang senior yang seumur dengan aku. Semuanya nampak normal sehingga lah lepas habis aku susun barang barang aku dalam bilik aku pun decide untuk bersihkan diri sebelum turun untuk berjumpa dengan kawan2 aku yang lain waktu tu untuk makan petang.
Aku pun ambil tuala, baldi yang berisi alat2 mandian dan juga baju lalu menuju ke bilik air yang paling dekat dengan bilik aku. Boleh dikatakan hanya dalam 10 langkah sahaja dah sampai. Tapi perasaan pelik mula menyelebungi aku bila jejak sahaja kaki aku di muka pintu tandas tersebut aku dah mula rasa satu badan aku meremang. Tapi aku beranikan diri sebab masa dah makin suntuk disebabkan aku dah ambil masa yang lama tadi untuk kemaskan barang. Langkah kaki aku kuak, dan masuk sahaja ke tandas tu aku nampak ada 3 buah tandas yg lengkap dengan shower, berhadapannya pula ada sebuah para yang panjang untuk kegunaan membasuh baju. Tanpa lengah kan masa aku masuk ke tandas kedua atau yang paling tengah.
Tengah aku mandi, aku dengar derapan langkah “eeiikkk.. eikkk.. eikkk” bunyi yang datang dari selipar tandas kebiasaannya pelajar asrama gunakan. Dalam hati aku rasa lega sebab at least ada orang yang temankan mandi, hahaa. Tiba ” ktapp !” bunyi pintu tandas dikunci di sebelah bilik mandi aku. Tak lama lepas tu kedengaran bunyi shower. Hampir 15 minit dalam tandas aku bersiap dengan hanya memakai baju dan tuala aku pun keluar untuk bertegur sapa dengan orang yang mandi di sebelah tadi. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya bila aku keluar aku tengok dah takda orang dalam tandas tu. Aku dah mula pelik dan seram sejuk. Aku cuba berfikir positif mungkin dia keluar lebih awal dari aku tadi, tapi aku masih tak sedap hati. Aku pun beranikan diri untuk cek bilik air di sebelah kiri dan kanan tandas aku mandi tadi, “ouhh shitt !” Satu carutan keluar dari mulut aku tanpa sengaja. KERING. Kering guys lantai tandas tu ! Yang basah cuma tandas tengah yang aku baru je gunakan tadi tu. Zupp terus meremang satu badan dan aku cepat2 ambil toiletries aku dan langkah keluar secepat yang mungkin. Rasa macam tak jejak tanah dah waktu tu. 10 langkah untuk ke bilik tu aku rasa macam tengah lari tapi tak sampai2 ke garisan penamat. Fuhhh, habistu… Yang masuk tadi tu siapa ??
Kejadian pelik ni tak berhenti sampai sini saja, malah berterusan sampai lah ke akhir semester. Aku selalu tertanya tanya kenapa setiap kali aku mandi, tak pernah aku jumpa orang lain selain ada satu kali tu aku nak mandi aku terserempak sorang perempuan ni tengah basuh baju dekat depan tandas tu. Aura yg aku rasa bila berdekatan dengan dia tu tak tahu nak habaq macam mana. Seram sejuk meremang remang je rasa. Tapi sebabkan aku ni peramah orangnya aku cuba untuk berbasa basi tanya siapa nama , kos apa , dduk bilik berapa.
Tapi sepanjang aku tanya soalan tu dia tak pernah jawab. Cuma pamerkan muka dingin dan tak pernah senyum. Jangankan orang lain, roomate aku sendiri pun tak pernah terserempak kalau dalam bilik air. Aku jadi musykil tapi aku diamkan sampai lah penghujung semester tu dah sampai cuti semester dan tibalah masa untuk balik ke rumah masing2. Aku beranikan diri tanya roomate aku,
Aku : Fin, Ida nak tanya lah selalu fin mandi dekat mana ? Sbb ida tak pernah nampak/terserempak walau sekalipun. Fin ni pun jawab yang dia selalu mandi tandas di hujung koridor belah kiri ni. Aku dah mula rasa pelik tapi masih tanya.
Aku: “ouhh yeke knp tak mandi tandas yg kanan ni kan paling dekat dengan bilik kita? Bukak pintu je dah nampak, hahaa”.Fin : ” tandas yang dekat bilik kita ni tak pernah orang koridor ni pergi lah ida. Sebab paip selalu tak function lepastu lighting tandas tu gelap walaupun siang buta. lagipun Fin pernah nak masuk tapi tak jadi sebab tiba2 meremang tak sedap hati, fin sanggup pegi yang jauh dr pegi yang dekat dengan bilik kita ni. Hishh ..” .
Aku dapat rasa yang muka aku terus pucat lesi dan tangan aku mula sejuk tanda aku ketakutan. Maknanya selama ni aku seorang saja yang pergi tandas tu for a whole 6 months ?! Patutlah tak pernah nampak muka2 budak koridor ni. And yeah muka budak perempuan creepy tu pun aku tak pernah jumpa even waktu perjumpaan ketua aras dengan budak2 dorm. Jadi siapa dia ??? Patutlah kerek semacam ,pucat semacam mukanya. Rupanya bukan *rang. https://s.w.org/images/core/emoji/13.1.0/svg/1f975.svghttps://s.w.org/images/core/emoji/13.1.0/svg/1f976.svg
Kisah ni walaupun dah 4 tahun berlalu tapi masih segar di ingatan aku. Sebab pengalaman paling menyeramkan dan pelik pernah terjadi sepanjang 24 tahun aku hidup. Persoalan yang seringkali aku tertanya tanya kenapa lantai mandi tak pernah basah walaupun aku tahu budak perempuan tu baru saja lepas mandi maklum lah aku ni mandi bak puteri bersiram. Selagi tak tercabut kulit tu aku sental selagi tu rasa tk bersih. Tu yang alih2 keluar dah hilang budak tu. Bila roomate aku tahu yang selama ni aku mandi dkt tandas dekat bilik kami tu dia pun ikut takut , yang teman ni dah 6 bulan baru sedar pun tak tahu nak rasa apa gamaknyaa haihh…
Dan bila dia ajak aku pergi toilet yg belah kiri tu terus aku terkejut . Mana taknya berbeza 101% dri yang biasa aku masuk. Bersih terjaga mungkin sbb selalu digunakan. Dan siap ada pokok kecik lagi ditanam dalam pasu . Dan lighting on point sangat sis. Nak banding dengan tandas selalu aku pergi tu ya Allah dah macam masuk rumah hantu.. dengan gelapnya, dengan sepinya macam tak da orang guna kecuali aku. Hailaaa aku tak tahu lah nak kata berani atau bodoh aku ni . Anyway itu semua pengalaman pahit manis waktu belajar dlu . Konfem tak boleh lupa.
Dan untuk pengetahuan korang, selama 6 bulan menjadi penghuni sementara di dorm tersebut beberapa pengalaman seram bunyi tingkap diketuk pukul 3 pagi, “dihimpit” waktu tidur selepas asar dan macam-macam lagi aku alami disebabkan roomate sis dulu selalu fly bilik dan tinggallah sis ditemani oleh “makhluk-makhluk” yang nakal ini. Insya Allah if sis rajin, there will be next entry pasal ketukan tingkap pukul 4 pagi dan “orang” memberi salam. Till then, take care guys !..

d_alighieri Publish time 19-11-2021 02:06 AM

6 bulan tak sedar masuk tandas creepy, sbb tu minah cuci baju tu tak layan, dia takmo share tempat dia dgn org lain, husnuzon sungguh awak ni sis ????

Normabaru Publish time 19-3-2022 05:37 PM

Ini la yg dikata ignorance is a bliss..punyala lurus bendul aka katak bawah tempurung xcampur org smpi btemu dgn antu Pon dia xblh connect the dot..antu Pon pelik pesal budak ni xfaham2 bahasa;Phahahaha

takayama Publish time 19-3-2022 06:47 PM

6 jln dia leh x perasan selama tempoh tu xde manusia lain yg ke situ kecuali dia dan bdk pompuan pucat
Dan dia pun x pernah ke toilet dgn kwn sebilik ke, cam kita kan bila dok asrama biasa gie togeder2 dgn kwn sebelah katil ke tp dia... bengong ke apa

Tinot7 Publish time 20-3-2022 12:38 AM

d_alighieri replied at 19-11-2021 02:06 AM
6 bulan tak sedar masuk tandas creepy, sbb tu minah cuci baju tu tak layan, dia takmo share tempat d ...

Mungkin dia jenis blurr.. iols husnuzon jahh

Tinot7 Publish time 20-3-2022 12:39 AM

Normabaru replied at 19-3-2022 05:37 PM
Ini la yg dikata ignorance is a bliss..punyala lurus bendul aka katak bawah tempurung xcampur org sm ...

Sbb tu antu bolayan dia..

Tinot7 Publish time 20-3-2022 12:40 AM

takayama replied at 19-3-2022 06:47 PM
6 jln dia leh x perasan selama tempoh tu xde manusia lain yg ke situ kecuali dia dan bdk pompuan puc ...

Mungkin dia course yg berbeza.. so waktu klas berbeza.. dan mungkin dia jenis loner, bebudak asrama semua kluaq tanpa dia.. rumet pun ntah2 course lain, dok geng dgn org lain.. mana la kita tau..

adila39 Publish time 20-3-2022 01:21 AM

Sory sy x baca..ternampak tajuk...kalau baca cemana nak mandi...ishh mod tinot niii :'(

Tinot7 Publish time 20-3-2022 01:24 AM

adila39 replied at 20-3-2022 01:21 AM
Sory sy x baca..ternampak tajuk...kalau baca cemana nak mandi...ishh mod tinot niii

Dikdila, bkn semua bilik ayaq tuh menakutkan la..

annehuda Publish time 23-3-2022 11:40 AM

ni pengalaman kawan meols.masa tu die sambung form 6 kt teluk intan. die masuk asrama student yg sebelah nganklinik kesihatan. sape tau tu taulah.asrama tu mmg campur-campur dari form 1 smpi form 6 la termasuklah dalam dorm tu

ada satu malam tu die kene kejut ngan adik senior die. suruh temankan pegi toilet. die pun pegilah. tp die tunggu luar je. tunggu punye tunggu tak keluar2 pun budaknye. die dah ngantuk gile so die amek keputusan nak balik dorm je tapi die sempat la jerit kt budak tu die nak balik dululah.

esok pg tu die cari adik tu nak mintak maap la sbb tinggalkan die sorg diri kt toilet, skali tu rupenye budak tu dari petang tu dah balik rumah ada kematian ke.habeh sape plak yg die temankan pegi toilet tu wallahualam...

bellaa Publish time 23-3-2022 04:09 PM

iols waktu asrama form 1-3 camtu
ada satu habit suka bangun 3am

pastu, p toilet sesorang
dorm pulak jauh dari toilet
sepanjang perjalanan, mmg koridor menghadap kat hutan banat.

kental sungguh iols waktu muda2. :o

Tinot7 Publish time 24-3-2022 04:25 AM

annehuda replied at 23-3-2022 11:40 AM
ni pengalaman kawan meols.masa tu die sambung form 6 kt teluk intan. die masuk asrama student yg s ...

Ehh skeri.. mende tu mmg voley menjelma sbg org..
Mak iols pernah kena kat rumah makcik iols. Dia kena kejut dgn makcik iols tapi mak iols sambung tidoq. Esok paginya, rupa2nya bkn makcik iols yg kejutkan dia mlm sblm tu. Sampai ke hari ni menjadi misteri..
Makcik iols pindah rumah so masa jaman kami sepupu2 mai tidoq, rumah baru tuh takde apa.. tak skeri la..

Tinot7 Publish time 24-3-2022 04:27 AM

bellaa replied at 23-3-2022 04:09 PM
iols waktu asrama form 1-3 camtu
ada satu habit suka bangun 3am



Nasib baik iols tak masuk asrama masa form 1. Ada hikmah rupanya. Iols masuk asrama tingkatan 4 sampai 5, tak ingat pula kalau ada cerita skeri.. iols ni dah le penakut..

bellaa Publish time 24-3-2022 08:05 AM

Tinot7 replied at 24-3-2022 04:27 AM
Nasib baik iols tak masuk asrama masa form 1. Ada hikmah rupanya. Iols masuk asrama tingkatan 4 sa ...

kecik2 iols dah kena paksa matang sebelum usia. :$;P

okai berbalik pada citer skeri, penah iols terdengar bunyi gamelan
ala yg bunyi ala2 upacara ketibaan tetamu naik atas pentas atau penyampaian award tu

3am sis. bunyi gamelan datang dari mana? :o

ronin Publish time 31-3-2022 02:32 AM

bellaa replied at 24-3-2022 08:05 AM
kecik2 iols dah kena paksa matang sebelum usia.

okai berbalik pada citer skeri, penah iols t ...

Dari radio kot?

Tinot7 Publish time 1-4-2022 07:59 PM

bellaa replied at 24-3-2022 08:05 AM
kecik2 iols dah kena paksa matang sebelum usia.

okai berbalik pada citer skeri, penah iols t ...

antu pun nak nari2 dlm disko.. tapi jaman dolu2 tak de lagu techno mcm hat dlm disko.. yg ada gamelan.. giteww..

Tinot7 Publish time 1-4-2022 08:07 PM

ronin replied at 31-3-2022 02:32 AM
Dari radio kot?

hahaha.. radio mana la pasang lagu gamelan pukui 3am...

dolu2 kat tmpt keje iols pun ada org dgr lagu kat radio. minah ni slalu mai lepas pukui 7 pagi tapi hari tu kebetulan dia mai sblm 7 pagi.. satu2nya hari dia mai awai, bila dia masuk makmal jahh, dia ternampak sorang minah lain dok bawah emergency shower, dan kedengaran lagu melayu kuno berdendang dari radio kat makmal. voley nampak minah yg tgh 'shower' tu tapi mukanya terselindung. hanya nampak rambutnya yg panjang dan beraksi spt tengah bersiram...
so minah tmpt keje iols nih punya takazut... dia cepat2 blah sambil ckp, "I am sorry!" dlm bahasa punjabi...
sekian, cerita tak berapa nak seram hari ni..

ada kisah2 lain tapi iols simpan utk hari yg lain...

Perawankota Publish time 4-4-2022 07:37 AM

Berani betul tt ni. Aku dulu kalau Lepas pukul 12 mmg berteman lah kalau nk pi toilet. Tapi tu lah dpt roommate yg kalau ajak teman, macam merungut sikit

bellaa Publish time 4-4-2022 09:01 AM

Tinot7 replied at 1-4-2022 08:07 PM
hahaha.. radio mana la pasang lagu gamelan pukui 3am...

dolu2 kat tmpt keje iols pun ada org dgr...

jilake betoi pasai lagu techno komen atas tu :lol:

alamak, ngam2 hari dia sampai awal, ngam2 pulak kena kacau.
lepas ni suruh sheol masuk shift 9am ler.

Tinot7 Publish time 4-4-2022 12:20 PM

bellaa replied at 4-4-2022 09:01 AM
jilake betoi pasai lagu techno komen atas tu

alamak, ngam2 hari dia sampai awal, ngam2 pula ...

Takde shift 9am. Sumer masuk 8am, paling awai 7.30am. Mai sblm 7am tu terlampau awai.
Iols pernah kena kat bilik sama. Pi nak pakai komputer, membelakangi bilik tuh. Voley dgr org tgh keje kat blakang iols padahal sumer dah balik 5pm. Tinggai 2 org jahh yg dah kluaq pi tmpt lain. Masa tu waktu maghrib. Iols slow2 tanpa toleh ke blakang, teruih kluaq.. esoknya bila compare notes dgn org2 yg keje situ, hat boys pun slalu dgr benda sama. So kita serupaaaa...
Pages: [1] 2
View full version: Teman mandi


ADVERTISEMENT