kerisnaga Publish time 17-11-2021 09:16 PM

Kedah pertahan tindakan tidak perbaharui lesen premis perjudian

Kedah pertahan tindakan tidak perbaharui lesen premis perjudian

Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 17, 2021 @ 7:25pmbhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/16bhsanusi_1637148296.jpg
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. - Foto NSTP/Pejabat MB Kedah


ALOR SETAR: Kerajaan Kedah tetap pertahankan keputusan tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian seluruh negeri itu, walaupun mendapat bantahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata keputusan itu dibuat sebagai mentaati perintah Allah selain menunjukkan rasa syukur kepada nikmat yang diberikan kepada negeri ini.
"Ada orang bantah, guna alasan hak asasi, guna alasan perkauman untuk menghalang orang bukan Islam, sebenarnya tak betul semua itu... malah tidak ada kajian menunjukkan perjudian itu menguntungkan.
"Malah negara China mengharamkan perjudian sejak 1949 lagi, walaupun tak ramai orang Islam di China. Rakyat negara itu 1.4 bilion dan orang Islam mungkin 20 atau 30 juta saja, tetapi judi tak boleh, ada 177,000 tangkapan rakyat China berjudi di sempadan negara itu.
"Kita haramkan perjudian atas dasar menjaga keharmonian masyarakat dan tanda kita bersyukur dengan nikmat tuhan yang banyak, itu pun ada orang mainkan sentimen luar hakikat sebenar," katanya ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.
Ahad lalu, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mengumumkan tidak lagi akan memberi kelulusan lesen premis perjudian selain mengehadkan aktiviti penjualan arak seluruh negeri, berkuat kuasa serta-merta.
Muhammad Sanusi memaklumkan, keputusan itu dibuat pada mesyuarat EXCO minggu lalu, bagi mengelak mudarat lebih besar kepada penduduknya.
Sementara itu, beliau turut menegur sikap ADUN tertentu yang mengambil kesempatan bagi menekan kerajaan dalam melaksanakan program bakal makanan.
"Tiap-tiap rumah layak dapat bakul makanan, tetapi ada yang himpun sampai dapat 10 beg, itu pun tak cukup lagi sampai mengadu kepada wakil rakyat.
"ADUN sendiri tahu sangat mustahil kita tambah peruntukan tetapi mereka guna kesempatan ini untuk tekan kerajaan umpama (kerajaan) tak dapat adakan apa yang dituntut rakyat," katanya.
Muhammad Sanusi turut menyatakan kebimbangannya terhadap realiti masyarakat ketika ini yang dilihat terlalu 'manja.
"Saya dengar ADUN Kota Siputeh bawa cerita buah dan dahan kelapa masuk parit sehingga parit tersumbat dan minta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tolong cuci.
"Sebenarnya penduduk boleh kutip buah dan dahan kelapa sendiri, boleh cuci dan tebas semak," katanya.
sumber






musangbodoh Publish time 17-11-2021 09:23 PM

sabaq bossku...nk buat bende baik ramai plak yg panas kan...;P
Pages: [1]
View full version: Kedah pertahan tindakan tidak perbaharui lesen premis perjudian


ADVERTISEMENT