kerisnaga Publish time 17-11-2021 08:41 PM

Tiada arahan siasatan lanjut berkaitan pindah wang RM13 juta

Tiada arahan siasatan lanjut berkaitan pindah wang RM13 juta

Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 17, 2021 @ 3:51pmbhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/sprm6_1637136961.jpg


ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah belum menerima sebarang arahan bagi melakukan siasatan lanjut berkaitan wang RM13 juta milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah yang dipindahkan ke akaun luar negara.
Pengarahnya, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, berkata dokumen berkaitan siasatan itu sudah dikemukakan kepada Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas pendedahan terbabit dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, September lalu.
"Kita sudah dapatkan maklumat daripada pihak berkenaan dan kemukakan kepada ibu pejabat untuk arahan lanjut.
"Setakat ini tiada apa-apa lagi, malah tidak ada mana-mana pihak termasuk pembangkang (Dewan Undangan Negeri) hadir membuat laporan rasmi kepada SPRM," katanya ketika ditemui selepas Majlis Aprisiasi SPRM Kedah di sini, hari ini.
Pada sidang media selepas Sidang DUN September lalu, Muhammad Sanusi mendakwa wang milik MBI berjumlah RM13 juta dipindahkan ke akaun luar negara ketika Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih memegang jawatan Menteri Besar.
Muhammad Sanusi berkata, wang berkenaan dipindahkan ke sebuah akaun bank di Kanada dan terdapat slip pemindahan masih disimpan pihaknya sebagai bukti.
Bagaimanapun, Mukhriz meminta Muhammad Sanusi membuat laporan kepada pihak SPRM berhubung dakwaan itu.
Mukhriz berkata, beliau memandang serius dakwaan terbabit kerana ia memberi gambaran buruk terhadapnya dan kerajaan negeri terdahulu ketika beliau menerajui Kedah.
credit









kerisnaga Publish time 17-11-2021 08:42 PM

hari tu beria-ria nau mb sorang ni.

musangbodoh Publish time 17-11-2021 09:06 PM

sekarang bola kt sape tah...masing2 x tau ke??;P
Pages: [1]
View full version: Tiada arahan siasatan lanjut berkaitan pindah wang RM13 juta


ADVERTISEMENT