kerisnaga Publish time 17-11-2021 08:34 PM

SPRM Kedah sita harta RM9 juta, tahan 43 penjawat awam

SPRM Kedah sita harta RM9 juta, tahan 43 penjawat awam

Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 17, 2021 @ 3:23pmbhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhsitak17-o_1637134091.jpg
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap (tengah) beramah mesra dengan penerima pada Majlis Apresiasi SPRM Kedah. - NSTP/Noorazura Abdul Rahman


ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan 73 individu termasuk 43 penjawat awam yang terbabit kesalahan berkaitan rasuah dan tuntutan palsu sepanjang tahun ini.
Pengarahnya, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, berkata tangkapan membabitkan penjawat awam meningkat tahun ini berbanding tahun lalu, iaitu seramai 30 orang selain pihaknya turut menyita dan membekukan pelbagai harta bernilai RM9 juta.
Katanya, penjawat awam yang disiasat SPRM kebanyakannya adalah individu yang bertugas di sektor perolehan dan penguatkuasaan.
"Kes penyitaan dan pembekuan harta adalah membabitkan wang tunai, barang berharga dan kenderaan juga meningkat berbanding tahun lalu iaitu hanya sebanyak RM2 juta selain seramai tiga pekerja swasta dan 27 orang awam turut ditahan sejak awal tahun ini.
"Kita menerima 175 maklumat mengenai kesalahan rasuah dan tuntutan palsu dan jumlah itu berkurangan berbanding tahun lalu sebanyak 349 maklumat berkemungkinan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya pada sidang media selepas Majlis Apresiasi SPRM Kedah di sini, hari ini.
Shaharom berkata, bagi tempoh sama juga sejumlah 44 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan dibuka dengan 32 pertuduhan mahkamah sudah dibuat.
"Antara pertuduhan yang banyak dikenakan adalah membabitkan Seksyen 17 (b) dan Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
"Berdasarkan siasatan yang masih dilakukan, kita jangka ada tangkapan baharu membabitkan orang awam dan penjawat awam selepas ini," katanya.
sumber






musangbodoh Publish time 17-11-2021 09:05 PM

banayk le bonus tahun nie;P
Pages: [1]
View full version: SPRM Kedah sita harta RM9 juta, tahan 43 penjawat awam


ADVERTISEMENT