kerisnaga Publish time 17-11-2021 08:00 PM

Jenazah Kapten Affendi akan disemadikan di Muadzam

Jenazah Kapten Affendi akan disemadikan di Muadzam

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 17, 2021 @ 3:43pmbhnews@bh.com

https://assets.bharian.com.my/images/articles/serikandi_cinta_1637135933.jpg
Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth TUDM di sini, dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Muadzam Shah, Pahang. - Foto NSTP/Danial Saad



BUTTERWORTH: Jenazah Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Muadzam, Pahang untuk pengebumian, hari ini.
Adik perempuannya dikenali Nur berkata, jenazah akan dibawa pulang selepas urusan bedah siasat selesai.
"Abang berada di Pulau Pinang kerana latihan. Dia dan isterinya menetap di Labuan tetapi ketika kejadian, isteri berada di Kelantan kerana bercuti.
"Kami segera ke sini sebaik sahaja dimaklumkan pihak TUDM mengenai tragedi ini. Kami terima kehilangan ini sebagai takdir Ilahi," katanya ditemui di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya, hari ini.
Nur yang cuba menahan sebak ketika ditemui wartawan berkata, abangnya adalah anak sulung daripada tiga beradik.
"Dia seorang yang bertanggungjawab dan abang yang baik kepada kami semua (keluarga).
"Kakak ipar saya masih lagi terkejut dengan kejadian itu. Saya harap dia diberi ruang kerana masih bersedih," katanya.

sumber





kerisnaga Publish time 17-11-2021 08:02 PM

lHBp7OKFbZo

musangbodoh Publish time 17-11-2021 09:14 PM

tu ja ka ...pampasan mn?:curse:
Pages: [1]
View full version: Jenazah Kapten Affendi akan disemadikan di Muadzam


ADVERTISEMENT