tari Publish time 17-11-2021 03:18 PM

Kerajaan beri insentif 80 peratus pencarum Perkeso bekerja sendiri

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/money_1637125989.jpg
GAMBAR hiasan


Kuala Lumpur: Kerajaan dijangka memberikan insentif sehingga 80 peratus kepada pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri bagi individu bekerja sendiri tahun depan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata, tahun ini kerajaan memberikan insentif atau subsidi sebanyak 70 peratus daripada RM232.80 iaitu jumlah caruman yang dibayar oleh pencarum dalam setahun.
"Hanya RM20 hingga RM30 lebih akan dibayar oleh pencarum dalam masa setahun menerusi insentif itu nanti," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) mengenai usaha yang dilakukan untuk menggalakkan caruman skim perlindungan Perkeso dan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bagi individu yang terbabit dalam bidang p-hailing dan e-hailing.
Awang berkata, RM232.80 antara empat pelan caruman pilihan yang disediakan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789) yang bermula dengan pilihan pelan caruman sebanyak RM157.20; RM 232.80; RM442.80; atau RM592.80 untuk tempoh perlindungan selama setahun.


Beliau memaklumkan individu bekerja sendiri yang terbabit dalam bidang p-hailing diwajibkan supaya berdaftar dan mencarum dengan Perkeso.
Katanya, ia selaras dengan pewartaan Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 1:13pmsumber

Pages: [1]
View full version: Kerajaan beri insentif 80 peratus pencarum Perkeso bekerja sendiri


ADVERTISEMENT