Raline Publish time 17-11-2021 03:04 PM

Diana Danielle menagis pulak....

Diana Danielle Dedah Bakal Bertemu Pakar Psikiatri Pada Hari Lahir

Diana menceritakan bahawa dirinya sering merasakan mempunyai masalah dengan perhatian, fokus, ingatan dan perancangan.


https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/IMG_5677-e1637121601510.jpg

Pelakon popular, Diana Danielle tampil membuat perkongsian bahawa pada hari lahirnya kelak, dia akan bertemu dengan pakar psikiatri untuk menilai tahap kesihatan mental dirinya.

“Pada Hari Lahir Saya, Saya akan Berjumpa Pakar Psikiatri”-Diana Danielle

Menerusi laman Twitter, pelakon filem Kami Histeria ini ingin memeriksa sekiranya dia mempunyai penyakit ADD ( Attention Deficit Disorder) atau ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). Diana menceritakan bahawa dirinya sering merasakan mempunyai masalah dengan perhatian, fokus, ingatan dan perancangan. Malah, dia berkata tidak menjadi masalah untuk bersikap terbuka dan menjadi jujur dengan diri sendiri.

“Pada hari lahir saya, saya akan berjumpa pakar psikiatri untuk menilai sama ada saya mempunyai ADD/ADHD.

Saya sering merasakan seperti saya mempunyai masalah dengan perhatian/ fokus/ ingatan/ perancangan.

Ianya bukan masalah besar untuk bersikap terbuka, menjadi jujur dengan diri sendiri adalah cara terbaik untuk maju ke hadapan.”- dedah Diana

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/PicsArt_11-17-11.51.48-1536x556.jpg

Menangis Dapat Temu Janji Pada Hari Lahir

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/IMG_5675-e1637121515440.jpg

Pelakon yang bakal menginjak usia 30 tahun pada 22 November kelak mengakui menangis apabila mendapat tarikh temujanji doktor pada hari lahirnya kerana berpendapatseperti membuka lembaran hidup yang baru.

“Hakikatnya bahawa saya mendapat temu janji pada hari lahir saya, saya menangis kerana ia seperti membuka lembaran baru”- dedah Diana lagi

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/PicsArt_11-17-11.52.25-1536x411.jpg

Tambah Diana, dia beranggapan Tuhan sentiasa menjadikan manusia dalam pelbagai variasi dan tidak bermakna ia sebagai satu kelemahan yang boleh menghalangnya.

“Saya akan menerima bahawa secara kognitifnya saya berbeza, tetapi dengan segala-galanya. Tuhan sentiasa menjadikan kita dalam variasi. Itu tudak bermakna ianya adalah kelemahan.

Saya sudah sampi sejauh ini dalah hidup, tiada apa yang boleh menghalang saya.”- kata Diana

Rakan Selebriti Titip Sokongan


https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/IMG_5676.jpg

Pendedahan isteri kepada Farid Kamil itu turut mendapat sokongan dari rakan selebriti seperti pelakon, Susan Lankester dan pengacara Nazrudin Rahman yang berpendapat bahawa Diana mempunyai keberanian untuk melakukan perkara tersebut.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/PicsArt_11-17-11.51.03-1536x782.jpg

Sama-sama kita doakan agar urusan Diana Danielle dipermudahkan kelak…

Sumber:https://murai.my/2021/131682/diana-danielle-jumpa-pakar-psikiatri/

musangbodoh Publish time 17-11-2021 05:16 PM

sujud pada Dia minta tlg....simple

sekian dan kesian

annadonna Publish time 17-11-2021 05:23 PM

Tak paham ke mana arah artikel ni

MatDeghem Publish time 17-11-2021 05:26 PM

Ini penyakit retis. when life get stagnant mula lah konon ada penyakit.

NFBZCantik Publish time 17-11-2021 05:32 PM

MatDeghem replied at 17-11-2021 05:26 PM
Ini penyakit retis. when life get stagnant mula lah konon ada penyakit.

setuju.

kalau takde kena diagnose dengan penyakit moden, akan cakap kena sihir. :dizzy:

dudaberhias Publish time 17-11-2021 05:58 PM

rasanya dia memang ada sakit sebab adhd... bukannya bipolar atau seumpamanya...
tapi iols percaya juga yenna ada bipolar sebabnya ayah dia pun memang orang tak sihat... kui3...

lagipun semua orang ada masalah kesihatan mental... depress ke.. tercabar ke etc...
tapi rakayt2 malaysia ni bukannya tak tahu atau kurang pengetahuan... cuma indenial nak nampak happy supaya nampak terpaling bahagia kat media sosial dan real life... ;P

lattehazelnut Publish time 17-11-2021 06:15 PM

ni nak sharing ke or attention seeker?

LadyCarefree Publish time 18-11-2021 12:21 AM

Attention seeker much laaaaaa. Sentap sana sini kat ig post.

isbritneybich Publish time 18-11-2021 09:25 AM

bila kau bimbo tapi kau nak kata kau ada penyakit

Minami2013 Publish time 18-11-2021 09:59 AM

Kalau hadap suami yg mcm farid kamil tu mmg boleh jadi masalah mental juga.

brown_pupil Publish time 18-11-2021 10:23 AM

Demi secebis content..

tulip-rain Publish time 18-11-2021 10:33 AM

Bersabarlah DD.
...iols mmg minat dia ni. Berlakon best sangat. Bakat besar. Cuma part dia suka meroyan kat socmed pasal macam2 isu tu iols tak suka.
Masih menanti Raisha 3. Tengok raisha 2, last episod tu mcm ade sambungan je.
Ade ke??

mendeluk Publish time 28-11-2021 05:56 PM

isbritneybich replied at 18-11-2021 09:25 AM
bila kau bimbo tapi kau nak kata kau ada penyakit

dia bimbo ke? ada org posted kat twitter pasal dia post Q&A question kata org belajar pun last2 jadi kuli .

ketipongtipah Publish time 28-11-2021 06:41 PM

Akak rasa punca sebeb laki dia dulu.
Korang..kalau laki korang bekas banduan x stress ke?
Dah le public figure it is not the same anymore.
Malu wei lalama makan dalam.

Nham22 Publish time 28-11-2021 06:43 PM

Laki die dulu lalok atau mabukkkk??? Sampai gaduh dgn polis..

sweetpea911 Publish time 28-11-2021 06:51 PM

Whatever it is I hope she finds help & the support needed..kenal dia pun melalui media tp i rasakan who she is now berkait rapat dgn upbringing.. x tau ayah sebenar, bila tau ayah x mengaku, suami bekas banduan.. it could be too much to bear..harap dpt kurangkan aktiviti di sosial media juga

jas7512 Publish time 28-11-2021 06:58 PM

Sometimes we need true friend yg sama jenis yg x make a judgment..x irihati or nak dia lebih etc..yg sanggup lending her shoulders sbb kdg2 bila stress dgn husband ada kwn rapat yg blh ngadu yg x jaja cite..hope you find 1 didi

lattehazelnut Publish time 28-11-2021 08:47 PM

Xde pun pegi kan.. klau pegi mesti up byk kali..
Book interview pun nak update..

missyL Publish time 28-11-2021 09:34 PM

Die dah berbaik ke ngn mak die..

F685 Publish time 28-11-2021 10:02 PM

Hope you are okay ya D
Pages: [1] 2
View full version: Diana Danielle menagis pulak....


ADVERTISEMENT