kerisnaga Publish time 17-11-2021 01:28 PM

Kapten Affendi penerima Anugerah Green Endorsement TUDM

Kapten Affendi penerima Anugerah Green Endorsement TUDM

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm175hawk_1637126202.jpg
GAMBAR fail pesawat tempur Hawk TUDM di Pangkalan Udara Butterworth di sini. FOTO Danial Saad


Butterworth: Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108, kelmarin adalah penerima Anugerah Green Endorsement TUDM.
Beliau menerima anugerah inovasi itu di Subang Jaya, Selangor minggu lalu yang disampaikan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.
Portal rasmi TUDM memaklumkan, anugerah terbabit adalah pengiktirafan kepada beliau kerana berjaya merangka tindakan yang membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.
Mohamad Affendi meninggal dunia selepas pesawat yang menjalani latihan penerbangan malam terhempas di Pangkalan Udara Butterworth pada jam 10.07 malam.
Seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Fareez Omar cedera dan dirawat di Hospital Seberang Jaya.
Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 1:16pm






kerisnaga Publish time 17-11-2021 01:36 PM

https://assets.bharian.com.my/images/articles/affendi17nov_1637126843.jpg
Juruterbang TUDM, Kapten Mohamad Affendi Bustamy maut dalam insiden pesawat Hawk terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth malam tadi.

sumber gambar sini
Pages: [1]
View full version: Kapten Affendi penerima Anugerah Green Endorsement TUDM


ADVERTISEMENT