kerisnaga Publish time 17-11-2021 01:20 PM

Pesawat Hawk terhempas: Jawatankuasa siasatan ditubuhkan

Pesawat Hawk terhempas: Jawatankuasa siasatan ditubuhkan

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/PESAWAT_HAWK_1637125181.jpg
PESAWAT pejuang Hawk 108 milik TUDM terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth malam tadi. FOTO Bernama


Subang: Laporan awal berhubung insiden pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, di sini, malam tadi, lebih tertumpu pada faktor operasi dan latihan.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, setakat ini laporan awal tidak menjurus kepada isu teknikal tetapi lebih tertumpu pada faktor operasi dan latihan.
Menurutnya, bagaimanapun biar siasatan dijalankan terlebih dulu kerana kejadian ini juga baru berlaku malam tadi.
"Satu jawatankuasa juga sudah ditubuhkan bagi menyiasat insiden ini.
"Kita sedih dengan kejadian ini dan saya ingin menyampaikan salam takziah kepada keluarga arwah Kapten Mohamad Affendi Bustamy," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan 15,000 kotak makanan Program Bantu-Bantu Malaysia kepada Kementerian Pertahanan sempena Inisiatif Gerobok Rezeki Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, di sini, hari ini.
Ikmal berkata, seorang lagi juruterbang pula dalam keadaan kritikal namun stabil.
"Dia sedang diatur untuk menjalani pembedahan segera.
"Sementara itu, TUDM juga sedang menguruskan jenazah Mohamad Affendi yang mana saya difahamkan arwah akan dikebumikan di kampungnya di Muadzam Shah, Pahang," katanya.
Harian Metro semalam melaporkan TUDM akan menjalankan siasatan teknikal terperinci berhubung insiden pesawat pejuang Hawk terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, malam tadi.
Dalam kejadian jam 10.07 malam itu, seorang juruterbang maut manakala seorang cedera selepas pesawat pejuang Hawk milik TUDM terhempas.
Juruterbang yang maut dikenali Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di HSJ dan dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.
Sebelum kejadian, kedua-dua juruterbang berkenaan dikatakan sedang melakukan latihan penerbangan.




Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 12:59pm


sumber







Pages: [1]
View full version: Pesawat Hawk terhempas: Jawatankuasa siasatan ditubuhkan


ADVERTISEMENT