kerisnaga Publish time 17-11-2021 12:41 PM

'Syak sesuatu terhempas selepas dengar dentuman kuat'

'Syak sesuatu terhempas selepas dengar dentuman kuat'[

]Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hawk_1637123408.jpg
LOKASI insiden pesawat Hawk milik TUDM terhempas. FOTO Danial Saad.

Butterworth: "Semasa kejadian saya sedang tidur namun terjaga selepas terkejut terdengar bunyi dentuman yang amat kuat," kata Anita Abdul Talib, 52.
Anita seorang daripada penduduk yang menetap di Kampung Benggali, Sungai Puyu, di sini yang lokasi kediamannya berdekatan dengan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Menurutnya, dia yang tinggal di situ selama 30 tahun memang sudah biasa dengan bunyi deruman pesawat TUDM yang keluar masuk membuat latihan.
"Tetapi insiden malam tadi memang mengejutkan saya hingga terjaga dari tidur kerana bunyi dentuman sangat kuat dan masa itu memang syak ada sesuatu yang terhempas.
"Apabila pandang di luar rumah, saya nampak percikan api di kawasan pangkalan dan pagi tadi baru saya dimaklumkan penduduk lain mengenai kejadian terbabit," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 10.07 malam tadi, sebuah pesawat Hawk 108 milik TUDM dilaporkan terhempas ketika dua juruterbangnya mengadakan sesi latihan penerbangan.
Insiden menyebabkan Kapten Mohamad Affendi Bustamy maut manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.
Tinjauan yang dilakukan di luar kawasan pangkalan TUDM kira-kira jam 9 pagi mendapati kawalan keselamatan ketat di sekitar landasan, iaitu lokasi pesawat berkenaan terhempas.
Sekumpulan anggota TUDM juga dilihat berada di lokasi dipercayai bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.
Orang awam yang mendapat berita berhubung nahas pesawat itu turut berlegar-legar di luar kawasan pangkalan kerana mahu melihat insiden itu dengan lebih dekat.
Bagaimanapun, usaha mereka tidak berhasil memandangkan jarak lokasi yang terlalu jauh.
Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 12:30pm


sumber






Pages: [1]
View full version: 'Syak sesuatu terhempas selepas dengar dentuman kuat'


ADVERTISEMENT