kerisnaga Publish time 17-11-2021 12:29 PM

PM rakam takziah kepada keluarga Kapten Mohamad Affendi

Edited by kerisnaga at 17-11-2021 12:30 PM

PM rakam takziah kepada keluarga Kapten Mohamad Affendi

]BERNAMA

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm175terhempas_1637122841.jpg

SEORANG juruterbang TUDM maut sementara seorang lagi cedera dalam nahas pesawat Hawk 108 di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth, Pulau Pinang, malam tadi. FOTO Bernama


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 di Butterworth, Pulau Pinang, malam tadi.
Dalam catatan di Facebooknya, Ismail Sabri mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.
"Innalillahiwainnailaihirojiun.Alfatihah," menurut catatan itu.
Dalam nahas yang berlaku pada 10.07 malam itu, seorang lagi juruterbang TUDM Mejar Mohd Fareez Omar cedera.
Ketika kejadian kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth.
Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 12:20pm


sumber



Pages: [1]
View full version: PM rakam takziah kepada keluarga Kapten Mohamad Affendi


ADVERTISEMENT