kerisnaga Publish time 17-11-2021 12:16 PM

'Tong tak penuh tapi tetap letak sampah di tepi'

'Tong tak penuh tapi tetap letak sampah di tepi'

Oleh Noor Hidayah Tanzizi - November 17, 2021 @ 11:55ambhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/sampuh_manjung2_1637121313.jpg
Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung membuang sampah merata-rata sehingga diselongkar monyet menyebabkan sekitar kawasan pantai peranginan Teluk Senangin, di sini, kotor. - Foto tular


MANJUNG: Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung membuang sampah merata-rata sehingga diselongkar monyet menyebabkan sekitar kawasan pantai peranginan Teluk Senangin, di sini, kotor.
Beberapa keping gambar menunjukkan sampah seperti botol minuman, plastik makanan ringan, pinggan polisterin dan plastik berselerakan di sekitar lokasi perkelahan itu tular di media sosial sejak kelmarin.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/sampuh_manjung_1637121316.jpgSikap tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung membuang sampah merata-rata sehingga diselongkar monyet menyebabkan sekitar kawasan pantai peranginan Teluk Senangin, di sini, kotor. - Foto tular
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Syamsul Hazeman Md Salleh, berkata kutipan sampah di pantai berkenaan meningkat dua kali ganda sejak kebenaran aktiviti riadah dan rentas negeri berikutan ia dipenuhi pengunjung terutama pada cuti hujung minggu.
Katanya, pembersihan dilakukan setiap hari di pantai berkenaan dan gambar yang tular itu diambil sebelum kontraktor membersihkan kawasan itu.
"Gambar sampah yang tular itu berlaku pada hari minggu sempena perayaan Deepavali. Sampah yang dikutip dianggarkan 250 kilogram (kg). Ia berat sama yang dikumpulkan pada setiap hujung minggu, Sabtu dan Ahad.
"Situasi ini berlaku disebabkan pertambahan pengunjung sempena hari perayaan Deepavali. Selain itu, kebenaran rentas negeri dan terdapat aktiviti perkhemahan pada malam hari turut menyumbangkan longgokan sampah," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, pemerhatian pihaknya mendapati jumlah tong sampah yang disediakan mencukupi, malah ada tong sampah yang tidak penuh, tetapi sampah tetap diletakkan di tepi tong sampah sehingga diselongkar monyet.
Syamsul Hazeman berkata, susulan itu, pihaknya tidak akan berkrompomi dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya pengunjung didapati membuang sampah merata-rata.
sumber






gekkou Publish time 18-11-2021 10:41 PM

dekat kawasan rumah i ni
siap ada yang bakar sampah dalam tong recycle tu
kat cni recyle bin jenis besi jaring tu :curse:

sikap tak endah kebersihan
tapi sembang agama babi pun boleh terbang
Pages: [1]
View full version: 'Tong tak penuh tapi tetap letak sampah di tepi'


ADVERTISEMENT