kerisnaga Publish time 17-11-2021 12:08 PM

Polis lupus air, daun ketum bernilai lebih RM192,000

Polis lupus air, daun ketum bernilai lebih RM192,000

Zuliaty Zulkiffli - November 17, 2021 @ 11:59ambhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/ketum17nov_1637121564.jpg
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Mohd Taufik Maidin (kiri) mengangkat guni mengandungi daun ketum yang dirampas sepanjang 2014 hingga tahun lalu untuk dilupuskan di tapak pelupusan sampah di Jabi, Pokok Sena. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli


PADANG TERAP: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah melupuskan lebih 16 tan daun ketum dan 2,973.66 liter air ketum yang dirampas sejak 2014 sehingga tahun lalu.
Ketua JSJN Kedah, Asisten Komisioner Mohd Taufik Maidin, berkata kesemua barangan itu dilupuskan di tapak pelupusan sampah di Jabi, Pokok Sena, hari ini.
Beliau berkata, nilai keseluruhan daun ketum dan air ketum yang dilupuskan itu adalah sebanyak RM192,708.41.
"Ia membabitkan 293 kertas siasatan yang sudah selesai perbicaraan dan dijatuhkan hukuman di mahkamah sepanjang tempoh tujuh tahun itu.
"Ia diuruskan dengan kerjasama syarikat e-Edaman Sdn Bhd yang membabitkan keseluruhan barangan rampasan air dan daun ketum di seluruh negeri ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap, di sini hari ini.
Mohd Taufik berkata, rampasan daun ketum didapati meningkat ketara di Padang Terap dan Baling.
"Untuk air ketum, paling banyak dirampas adalah di Kota Setar dan Kuala Muda.
"Penanaman pokok ketum bukan kesalahan menyebabkan berlaku kekangan kepada pihak kami namun rampasan dan tangkapan tetap akan dilakukan sekiranya maklumat diterima untuk mereka yang menyalahgunakan daun ketum," katanya.
sumber





Pages: [1]
View full version: Polis lupus air, daun ketum bernilai lebih RM192,000


ADVERTISEMENT