kerisnaga Publish time 17-11-2021 12:04 PM

Maritim Malaysia rampas 75 bubu naga

Maritim Malaysia rampas 75 bubu naga

Oleh Zuhainy Zulkiffli - November 17, 2021 @ 11:26ambhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/naga_1637119550.jpg
Sebahagian daripada 75 set bubu naga yang dirampas Maritim Malaysia di tujuh lokasi sekitar perairan Pulau Pinang. - NSTP/MARITIM MALAYSIA


GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 75 set bubu naga di tujuh lokasi berasingan sekitar perairan negeri ini, semalam.
Rampasan itu dibuat antara jam 3.40 hingga 6 petang menerusi Op Pertiwi di sekitar 3.7 hingga 4.7 batu nautika barat laut Sungai Kerian hasil aduan awam serta pemantauan semasa rondaan.
Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed, berkata semua bubu naga berkenaan dianggarkan bernilai hampir RM9,000 dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.
"Penggunaan bubu naga diharamkan kerana sifatnya yang tidak selektif dan boleh merosakkan ekosistem perairan serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan lain," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, pemilik bubu naga boleh didakwa mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah tidak dibenarkan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.
"Nelayan diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang sudah diperuntukkan. Maritim Malaysia akan terus memantau aktiviti haram ini dan meminta kerjasama orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes dan jenayah maritim di perairan negeri," katanya.
Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus disalurkan kepada Maritim Malaysia di talian 24 jam, iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

sumber






Pages: [1]
View full version: Maritim Malaysia rampas 75 bubu naga


ADVERTISEMENT