kerisnaga Publish time 17-11-2021 11:58 AM

Maut motosikal kuasa tinggi terbabas ke dalam tali air

Maut motosikal kuasa tinggi terbabas ke dalam tali air




Oleh Aizat Sharif - November 17, 2021 @ 10:57ambhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/babas_1637117861.jpg
Keadaan motosikal mangsa yang terbabas ke dalam talir air di tepi sawah di Jalan Alor Redis, Arau. - NSTP/BOMBA PERLIS


ARAU: Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya dipercayai terbabas sebelum terhumban ke dalam talir air tepi sawah di Jalan Alor Redis, di sini.
Nahas kira-kira jam 10 malam tadi ketika mangsa, Muhamad Shakir Abdul Jabar, 29, dari Kampung Tok Pulau, Simpang Empat, Kangar dalam perjalanan dari arah Tambun Tulang menghala Jejawi.
Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Nanda Maarof, berkata ketika melalui Jalan Alor Redis, motosikal Kawasaki Z800 ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh ke dalam tali air.
"Akibat kemalangan berkenaan, mangsa maut di tempat kejadian dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Arau dikerah ke lokasi untuk membawa keluar mayat mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, siasatan awal mendapati cuaca dan keadaan jalan baik ketika nahas berkenaan, namun siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41() Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mengenal pasti punca kemalangan.
"Mayat di bawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat," katanya.
sumber





Pages: [1]
View full version: Maut motosikal kuasa tinggi terbabas ke dalam tali air


ADVERTISEMENT