kerisnaga Publish time 17-11-2021 11:50 AM

TUDM jalankan siasatan terperinci nahas pesawat Hawk

TUDM jalankan siasatan terperinci nahas pesawat HawkNur Izzati Mohamad - November 17, 2021 @ 7:34ambhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/lawat17nov_1637119407.jpg
Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan ditemui di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Seberang Jaya, Butterworth. - Foto NSTP/Mikail Ong


BUTTERWORTH: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden pesawat pejuang Hawk yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth malam tadi.
Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan, berkata siasatan akan menjurus kepada aspek teknikal ke atas nahas.
"Kita akan buat siasatan terperinci," katanya ringkas ketika ditemui di pekarangan Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, awal pagi tadi.
Ketika ditanya mengenai keadaan mangsa yang terselamat, beliau enggan memberi sebarang ulasan.
Terdahulu, Mohd Asghar Khan tiba di HSJ kira-kira jam 1.52 pagi.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/bh17AffendiBustamy_1637119413.jpgKapten Mohamad Affendi Bustamy.
Dalam kejadian jam 10.07 malam tadi, seorang juruterbang maut, manakala seorang lagi cedera selepas pesawat pejuang Hawk milik TUDM terhempas.
Juruterbang yang maut dikenali Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di HSJ dan dilaporkan stabil.
Dalam kejadian itu, juruterbang berkenaan sedang melakukan latihan penerbangan.





kerisnaga Publish time 17-11-2021 11:50 AM

pvGckGse4-U
Pages: [1]
View full version: TUDM jalankan siasatan terperinci nahas pesawat Hawk


ADVERTISEMENT