kerisnaga Publish time 17-11-2021 11:43 AM

Dengar letupan dua kali - Saksi

Dengar letupan dua kali - Saksi

November 17, 2021 @ 7:13am


https://assets.bharian.com.my/images/articles/tudm17nov_1637119797.jpg
Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Seberang Jaya, Butterworth. - Foto NSTP/Mikail Ong



BUTTERWORTH: "Saya terdengar dua bunyi letupan kuat sebelum nampak api mula marak dalam kawasan landasan TUDM," kata seorang saksi kejadian pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas berhampiran di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth, di sini malam tadi.
Mastura Mohammad Nordin, 44, pemilik kedai makan di Kampung Benggali, Sungai Puyu berkata beliau terdengar dua letupan kuat, diikuti api yang marak pada pesawat itu selepas terhempas di kawasan landasan berkenaan.
"Masa mula-mula kejadian dalam pukul 10 (malam) lebih, saya terdengar bunyi letupan kuat... dua kali juga (bunyi letupan), kemudian diikuti api yang marak selepas pesawat terhempas.
"Selepas terhempas, kami terus meluru ke pagar dan lihat api begitu marak dan berharap tiada apa-apa yang serius menimpa juruterbang atau orang sekeliling," katanya yang kedai makannya itu terletak kira-kira 100 meter dari Pangkalan Udara TUDM, kepada pemberita di sini.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/masTUDM_1637119800.jpgMastura Mohammad Nordin antara saksi insiden sebuah pesawat Hawk milik TUDM terhempas di Pangkalan Udara Butterworth. - NSTP/Danial Saad
Dalam kejadian kira-kira 10.07 malam itu, seorang juruterbang TUDM maut, manakala seorang lagi cedera apabila pesawat Hawk yang sedang dalam latihan penerbangan malam, terbabit dalam kemalangan.
TUDM dalam satu kenyataan menyatakan kedua-dua juruterbang itu dikenal pasti sebagai Kapten Mohamad Affendi Bustamy dan Mejar Mohd Fareez Omar.
Menurut kenyataan itu, Mohamad Affendi meninggal dunia dalam nahas itu, manakala Mohd Fareez yang cedera berada dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/hawk_1_1637119803.jpgKeadaan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas. - NSTP/Danial Saad
Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Seberang Jaya mendapati, anggota TUDM dan polis telah mula bersedia di pekarangan hospital sejak 1 pagi bagi menguruskan jenazah anggota yang meninggal dunia dalam kejadian terbabit.
Turut kelihatan di pekarangan hospital termasuk Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Asghar Khan Goriman Khan, menunggu jenazah Mohamad Affendi yang tiba di Jabatan Forensik pada jam kira-kira 2 pagi.
Difahamkan, pihak hospital akan menjalankan bedah siasat, awal pagi ini. – BERNAMA
https://assets.bharian.com.my/images/articles/bh17AffendiBustamy_1637119413.jpgKapten Mohamad Affendi Bustamy.https://assets.bharian.com.my/images/articles/hoksiasat1_1637119816.jpgSebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik TUDM terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth malam tadi. - Foto BERNAMAhttps://assets.bharian.com.my/images/articles/hoksiasat2_1637119813.jpgSebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik TUDM terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth malam tadi. - Foto BERNAMA
credit















kerisnaga Publish time 17-11-2021 11:43 AM

T3-ZeqiVOqc
Pages: [1]
View full version: Dengar letupan dua kali - Saksi


ADVERTISEMENT