tari Publish time 17-11-2021 09:41 AM

Rosalinda kena tahan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ros17hm_1637112280.jpg
ROSALINDA Gonzalez. FOTO Agensi


Mexico City: Pihak berkuasa di Mexico menahan isteri seorang ketua kartel pengedaran dadah, kata kementerian pertahanan negara itu.
AFP melaporkan, kementerian itu menyifatkan penahanan Rosalinda Gonzalez, isteri kepada pemimpin Jalisco Generasi Baharu, Nemesio Oseguera, pada Isnin, sebagai tamparan yang ketara kepada struktur kewangan organisasi jenayah di negeri Jalisco itu.
Oseguera adalah salah seorang yang paling dikehendaki oleh Mexico dan Amerika Syarikat (AS).
Gonzalez yang ditahan di Jalisco tengah dipercayai menjadi pengendali kewangan kartel itu yang juga salah satu yang paling berkuasa dan ganas di Mexico.
Sebelum ini dia ditahan pada Mei 2018 dan dituduh melakukan pengubahan wang haram tetapi dibebaskan September lalu selepas membayar ikat jamin.


Kemudian dia dituduh melakukan beberapa jenayah termasuk operasi kewangan haram kumpulan jenayah terancang.
Penahanan itu dilakukan dua hari sebelum Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador bertemu rakan sejawatannya dari AS Joe Biden dan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau di Washington pada Sidang Kemuncak Pemimpin Amerika Utara tiga pihak yang pertama dalam tempoh lima tahun.
Lopez Obrador dan Biden juga akan mengadakan mesyuarat dua hala di mana keselamatan dan antara agendanya adalah pengedaran dadah.
Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 9:24amsumber

Pages: [1]
View full version: Rosalinda kena tahan


ADVERTISEMENT