tari Publish time 17-11-2021 08:46 AM

Dua letupan gegarkan ibu negara Uganda

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/u17hm_1637109535.jpg

KEJADIAN letupan di berhampiran bangunan Parlimen di Uganda. FOTO AFP


Kampala: Dua letupan menggegarkan ibu negara Uganda, Kampala, pada pagi Selasa lapor Xinhua, memetik media tempatan.
Menurut akhbar tempatan Daily Monitor, dua letupan itu dilaporkan berlaku berhampiran bangunan parlimen dan dekat dengan balai polis pusat di Kampala.
Stesen televisyen tempatan menyiarkan secara langsung rakaman kereta terbakar dan ambulans menuju ke lokasi kejadian.
Timbalan Speaker Parlimen Anita Among menerusi Twitter berkata, persidangan Parlimen dibatalkan dan menasihatkan ahli Parlimen tidak ke bangunan itu.
Bulan lalu, Kampala digegarkan dengan dua lagi insiden letupan bom menyebabkan dua orang maut dan beberapa lagi cedera. Menurut polis serangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Pasukan Demokratik Bersekutu, sekutu Daesh di Afrika Tengah.

Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 8:39amsumber

Pages: [1]
View full version: Dua letupan gegarkan ibu negara Uganda


ADVERTISEMENT