tari Publish time 17-11-2021 06:54 AM

Identiti, status dua juruterbang pesawat Hawk dikenal pasti

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hawk_1637087089.jpg
LOKASI pesawat Hawk milik TUDM terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, malam tadi. FOTO DANIAL SAAD


Butterworth: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan status dua juruterbang pesawat Hawk yang terhempas dalam kemalangan di Pangkalan Udara Butterworth, malam tadi.
Juruterbang maut dikenali Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.
Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan memaklumkan, kedua-dua juruterbang itu sedang melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying) sebelum terbabit dengan nahas berkenaan.
"Mejar Mohd Fareez cedera dan kini sedang diberikan rawatan di HSJ dan berada dalam keadaan selamat dan stabil.
"Bagaimanapun, Kapten Mohamad Affendi meninggal dunia dan jenazah sedang diuruskan untuk tindakan selanjutnya," katanya.
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hawk1_1637087091.jpg ANGGOTA TUDM tiba di Jabatan Kecemasan Hospital Seberang Jaya selepas kejadian. FOTO MIKAIL ONG
Menurut kenyataan itu, kedua-dua juruterbang sudah berkahwin.
Katanya, keluarga kedua-dua juruterbang itu sudah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan.
"Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.
" Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih.
"TUDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan Terperinci mengenai insiden berkenaan," katanya.
Terdahulu, media melaporkan seorang maut manakala seorang cedera selepas pesawat pejuang Hawk milik TUDM terhempas di landasan Pangkalan Udara Butterworth, pada 10.07 malam.
Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 2:25amsumber











Pages: [1]
View full version: Identiti, status dua juruterbang pesawat Hawk dikenal pasti


ADVERTISEMENT