kerisnaga Publish time 17-11-2021 12:43 AM

Kenang jasa kakitangan meninggal dunia angkara Covid-19

Kenang jasa kakitangan meninggal dunia angkara Covid-19

]Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mbsapapak1_1637067193.jpg
ROZALI (tengah) menyampaikan penghargaan kepada kakitangannya yang menamatkan perkhidmatan dalam Majlis Jasamu Dikenang di Seberang Jaya. FOTO Ihsan MBSP


Butterworth: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menghargai jasa serta sumbangan 92 kakitangannya termasuk sembilan yang terkorban angkara wabak Covid-19 sepanjang perkhidmatan mereka bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, semua kakitangan berkenaan adalah aset penting yang sentiasa diberi perhatian oleh pihak pengurusan.
"Tanpa penglibatan dan sokongan mereka, MBSP tidak dapat menempa nama dan terus gemilang menjadi PBT cemerlang.
"Amalan kerja berprestasi tinggi menghasilkan impak cukup baik apabila permasalahan rakyat dan perbandaran diberi perhatian serius dan diambil tindakan sewajarnya.
"Sesungguhnya jasa dan pengorbanan warga kerja MBSP tidak terbalas dan tetap terpahat di hati," katanya pada Majlis Jasamu Dikenang di Seberang Jaya, di sini, hari ini.
Pada majlis itu, semua mereka dan waris terbabit menerima sijil penghargaan dan cenderahati berupa jam tangan sebagai tanda kenangan.
Beliau berkata, seramai 92 pesara diraikan itu terdiri daripada 40 pesara wajib, 10 pesara pilihan sendiri, seorang bersara atas sebab kesihatan serta 41 kakitangan yang meninggal dunia di dalam perkhidmatan termasuk sembilan angkara Covid-19.
Disiarkan pada: November 16, 2021 @ 8:53pm










Pages: [1]
View full version: Kenang jasa kakitangan meninggal dunia angkara Covid-19


ADVERTISEMENT