LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 08:51 PM

MaiSinggahandTheCrazyTourist ✿25 Best Things to Do in Surabaya*post #45

Edited by LelaRentaka7 at 17-11-2021 10:27 PM

Menarikkah Surabaya? Kenapa tidak ke Jakarta atau ke Bali sahaja alang-alang sudah ke Indonesia? Jangan dipandang sebelah mata kota Surabaya ini ya, jika dilihat secara lebih dekat kotaraya kedua yang terbesar di Indonesia ini, tarikan-tarikannya tidak kurang hebatnya daripada destinasi lain yang terkenal di Indonesia.

Untuk pengetahuan anda, Surabaya adalah Kota Terbersih di Indonesia buat 7 tahun berturut-turut. Di samping itu, Surabaya yang terkenal sebagai Kota Pahlawan ini juga merupakan kota yang menyaksikan banyak peristiwa bersejarah di mana semangat rakyat Indonesia menentang penjajahan Belanda pada suatu ketika dahulu telah bersemarak.

Terbukti, ia bukanlah sekadar sebuah kota yang meriah dengan pusat membeli-belah dan tarikan taman-taman tema, Surabaya sememangnya cukup unik dan menawarkan begitu banyak tarikan yang tidak mungkin habis diterokai dalam masa seminggu.

Nak tahu apa yang ada di Kota Pahlawan ini? Teruskan membaca senarai 40 Tempat Menarik di Surabaya.



https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Tempat-Menarik-Di-Surabaya-Featured-Image.jpg


LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 08:53 PM

40. Hutan Bambu dan Taman Sakura
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Hutan-Bambu-dan-Taman-Sakura.jpg

Hutan Bambu dan Taman Sakura mengetengahkan konsep taman bandar dan hutan bandar. Sekiranya anda tercari-cari lokasi untuk merakam video inspirasi Bollywood, inilah salah satu lokasi yang terbaik di Surabaya.

Di Taman Sakuranya anda akan disajikan dengan pelbagai jenis bunga-bungaan yang tersusun rapi mengikut warna seperti putih, jingga, merah, ungu, merah jambu dan kuning. Sebuah taman yang sangat menyejukkan mata.



Walau bagaimanapun pastikan anda datang pada waktu peralihan musim iaitu antara musim hujan dan panas ya, barulah dapat anda nikmati pemandangan bunga-bungaan yang tumbuh dengan mekar.

Alamat: Jl. Raya Marina Asri, Keputih, Sukolilo


LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 08:56 PM

39. Museum House of Sampoerna
Museum House of Sampoerna
Sumber: Indonesia Country

Dibangunkan pada tahun1862, muzium yang terletak di tengah-tengah kota Surabaya ini memiliki reka bentuk kolonial Belanda. Pada asalnya, bangunan muzium ini dijadikan pusat pendidikan oleh pihak Belanda, namun pada tahun 1932 ianya dibeli oleh Liem Seeng Tee untuk dijadikan kilang rokok Sampoerna.

Sebaik menjejakkan kaki ke dalam Muzium House of Sampoerna ini anda akan disambut dengan bau tembakau dan kolam ikan dengan bunyi pancuran air yang mewujudkan atmosfera menyenangkan.

Antara pameran yang dapat dilihat di sini adalah koleksi antik mesin percetakan kotak rokok, peralatan yang digunakan di dalam makmal untuk menguji kualiti bahan rokok dan banyak lagi.

Di tingkat kedua muzium ini pula anda dapat melihat pekerja kilang ini menyiapkan rokok, dikatakan setiap pekerja di sini dapat menyiapkan sekitar 300 batang rokok dalam masa sejam.

Alamat: Taman Sampoerna No. 6, Krembangan Utara, Pabean Cantianhttps://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Museum-House-of-Sampoerna.jpg


LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 08:58 PM

38. Kya Kya Kembang Jepun
Kya Kya Kembang Jepun
Sumber: Indonesian Railway Tour

Terletak tidak jauh dari tarikan terkenal lain di Surabaya iaitu Jambatan Merah Plaza dan Jambatan Merah, Kya Kya Kembang Jepun menempatkan pasar malam yang terkenal di Surabaya.

Sekiranya anda ingin membeli pelbagai barangan cenderamata yang menarik kepada yang jauh di mata, jadikan ini salah satu lokasi shopping anda.

Sambil membeli-belah disini, anda boleh mencuci mata melihat banyak bangunan-bangunan klasik yang terdapat disekitarnya yang termasuklah tokong-tokong cina dengan warna yang membuatkan mata anda sentiasa terbuka.

Alamat: Jl. Kembang Jepun, Surabaya
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Kya-Kya-Kembang-Jepun.jpg

LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 09:00 PM

37. Surabaya North Quay
Surabaya North Quay
Sumber: Vrian Triwidodo‎

Sudah puas melihat kenderaan-kenderaan di jalan raya? Apa kata kalau cuti kali ini anda bawa keluarga beramai-ramai ke Surabaya North Quay, bukan sahaja dapat melihat pemandangan matahari terbenam yang indah dari terminal kargo pelabuhan Tanjung Perak ini, malahan anda juga dapat melihat kapal-kapal merentasi lautan tanpa henti.

Pada waktu malam pula, anda dapat melihat pemandangan langit malam yang cukup memukau, bintang-bintang yang berkelipan dan kapal-kapal yang dihiasi lampu, romantik sekali atmosferanya. Jika anda datang pada waktu malam di hujung minggu pula, anda akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara langsung.

Makanan? Jangan risaulah, cukup banyak pilihan gerai makan yang ada di sini, tepuk dada, tanya selera. Sudah puas menikmati pemandangan laut dari kejauhan, apa kata kalau anda mengikuti fun trip mengelilingi laut yang ditawarkan kapal Artama di sini?

Trip ini akan membawa anda sekeluarga mengelilingi laut untuk menikmati pemandangan tarikan hebat lain di Surabaya seperti Jambatan Suramadu dan Patung Jalesveva Jayamahe. Terasa sempurna sekali pakej yang ditawarkan Surabaya North Quay inikan?


Alamat: Terminal Gapura Surya Nusantara lt.3, Pelabuhan Tanjung Perak, Jl. Perak Timur, Surabayahttps://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Surabaya-North-Quay.jpg


LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 09:01 PM

36. Monumen Jalesveva Jayamahe
Monumen Jalesveva Jayamahe
Sumber: Paradise in the world

Tidak sah jika melancong ke sesebuah negara namun tidak bergambar dengan monumen-monumen pentingnya bukan? Kalau begitu, inilah salah satu monumen penting di Surabaya yang mesti anda abadikan dalam foto percutian bersama keluarga iaitu Monumen Jalesveva Jayamahe.

Sebagai Kota Pahlawan, monumen ini adalah salah satu simbol kekuatan Surabaya. Jalesveva Jayamahe membawa maksud “di lautan kita jaya” yang juga merupakan motto Angkatan Laut Indonesia.

Monumen yang berketinggian 30.6 meter ini didirikan di atas bangunan yang menempatkan muzium angkatan laut Indonesia.

Bangunan dan monumen ini kelihatan cukup megah dari kejauhan, apatah lagi apabila anda mendekati dan menjejakkan kaki ke dalam bangunan muzium ini, anda sekeluarga pasti teruja melihat pameran yang tersusun rapi di dalamnya.

Alamat: Ujung, Semampir, Surabayahttps://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Monumen-Jalesveva-Jayamahe.jpg


LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 09:03 PM

35. Museum Surabaya
Museum Surabaya
Sumber: Museum Surabaya

Walaupun anda sekeluarga melancong ke Surabaya untuk makan angin atau menyejukkan mata, namun apa salahnya kalau dalam masa yang sama anda menggunakan peluang ini untuk mengisi minda dan menyelami lebih mendalam tentang kotaraya kedua terbesar di Indonesia ini.

Bukan sedikit, tapi lebih daripada 1000 barangan yang dipamerkan di sini yang dapat membuka minda anda tentang masa lalu Surabaya.

Antara yang dipamerkan di sini adalah wayang kulit, kerusi dan meja yang digunakan pda tahun 1950-an, mesin kira, Grand Piano yang digunakan pada suatu ketika dahulu untuk menghiburkan penjajah dan banyak lagi.

Alamat: Jl. Tunjungan, Genteng
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Museum-Surabaya.jpg

LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 09:04 PM

34. Taman Jayengrono
Taman Jayengrono
Sumber: Bagus Widyanto

Terletak di dalam kawasan Jambatan Merah, Taman Jayengrono atau nama lainnya Taman Willemsplein ini bukanlah taman biasa kerana ia merupakan taman yang tertua di Surabaya.

Taman ini turut menyimpan peristiwa bersejarahnya terendiri yang mana pada tahun 1945, terjadinya Battle of Surabaya yang mana pejuang Surabaya telah menggunakan bom di sekitar kawasan ini untuk mengusir penjajah Inggeris.

Untuk mengingati perjuangan mereka, sebuah taman peringatan telah dibina di dalamnya. Selain taman peringatan perjuangan, tarikan lain yang terdapat disini adalah bangunan-bangunan dengan reka bentuk kolonial seperti Gedung Cerutu, Gedung Garuda,Gedung Internatio dan banyak lagi.

Alamat: Jl. Rajawali, Krembangan Selatanhttps://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Taman-Jayengrono.jpg


LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 09:05 PM

33. Rumah Batik
Rumah Batik Jawa Timur
Sumber: Sheraton Surabaya

Ingin melihat bagaimana batik dihasilkan? Anda sekeluarga dapat melihat secara percuma demonstrasi pembuatan batik di Rumah Batik. Corak-corak batik yang dihasilkan di sini adalah menggunakan teknik tulis ataupun teknik cap.

Motif-motif yang dapat anda lihat daripada pameran batiknya pula adalah gabungan motif dari Surabaya sendiri, Sumenep, Jombang, Tuban, Sidoarjo, Bojonegoro dan banyak lagi.

Alamat: Jl. Dukuh Bulak Banteng Tim. No. 94, Surabaya
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Rumah-Batik-Jawa-Timur.jpg

LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 09:07 PM

32. Hutan Mangrove Wonorejo
Mangrove Wonorejo
Sumber: Alfa Hardjoko‎

Kawasan ekopelancongan Hutan Mangrove Wonorejo patut anda senaraikan sebagai salah satu lokasi untuk dilawati di Surabaya. Anda sekeluarga bukan sahaja dapat menaiki kapal untuk menuju ke kawasan paya bakau sambil menikmati udara segar malahan juga dapat mempelajari kepentingan kewujudan kawasan ini.

Untuk pengetahuan anda, kawasan paya bakau penting untuk melindungi kawasan daratan daripada dihakis oleh air laut. Ingin memahami dengan lebih mendalam tentang paya bakau? Datanglah ke sini ya.

Alamat: Jl. Wonorejo Timur No. 1, Rungkut, Surabaya
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Mangrove-Wonorejo.jpg

LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 09:08 PM

31. Trans Studio Mini
Trans Studio Mini
Sumber: Henky Yoga

Terletak di pusat membeli-belah Lenmarc Surabaya, Trans Studio Mini merupakan taman tema indoor yang mengetengahkan konsep bandaraya New York. Dah namanya pun New York, sudah semestinya terdapat patung ikonik New York iaitu patung Liberty untuk anda bergambar sepuas hati.

Selain itu, di dalam taman tema ini juga terdapat Jurassic Park yang menempatkan banyak patungdinosaur yang boleh bergerak.

Mesti riuh punyalah anak-anak kecil anda melihat gergasi-gergasi ini. Sebagai taman tema, tarikan lain yang terdapat di sini adalah pelbagai mesin permainan dan juga roller coaster mini yang pasti membuat jantung anda berdegup dengan pantas.

Mana tidaknya, roller coaster ini akan membawa anda melingkar keluar dari bangunan dan kemudiannya masuk kembali. Ada berani? Belum cuba belum tahu.

Alamat: Jl. Raya Kalirungkut No.25, Kali Rungkut, Rungkut, Surabaya, Jawa Timur
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Trans-Studio-Mini.jpg

LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 09:10 PM

30. Wisata Citra Raya
Wisata Citra Raya
Sumber: Citra Raya World Of Wonders

Wisata Citra Raya merupakan sebuah tarikan kota yang dibina dengan menjadikan Singapura sebagai inspirasi dan konsep utamanya. Dengar sahaja Singapura, pastinya anda membayangkan sebuah kota yang membangun dan dalam masa yang sama bersih dan terjaga lanskapnya.

Inilah fokus sebenar pembinaan Wisata Citra Raya iaitu untuk mewujudkan “kota yang bersih, hijau dan moden.” Antara kemudahan yang tersedia di sini adalah lapangan golf, sekolah antarabangsa, pasar, gym, taman tema air dan sebagainya.

Sebuah kota dengan pemandangan yang cukup menyegarkan mata. Kalaulah semua bandaraya di dunia menggunakan konsep yang sama, alangkah indahnya.

Alamat: Jl. Citra Raya, Surabaya
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Wisata-Citra-Raya.jpg

LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 09:11 PM

29. Monumen Patung Gubernur Suryo
Governor Suryo Monument
Sumber: Ryep Surabaya

Terletak di dalam taman bunga yang indah dengan udara yang segar iaitu Taman Apsari, Monumen Patung Gubernur Suryo ini didirikan untuk memberikan penghormatan kepada gabenorpertama Surabaya yang terbunuh sewaktu pemberontakan PKI pada tahun 1948.

Alamat: Jl. Gubernur Suryo, Embong Kaliasin, Genteng
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Governor-Suryo-Monument.jpg

LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 09:12 PM

28. Monumen Suroboyo
Suroboyo Monument
Sumber: Pang Choon Wei

Pernah terfikir dari mana datangnya nama ‘Surabaya’ ini? Apakah maksudnya? Jika anda lihat dari Monumen Suroboyo yang terletak di hadapan Kebun Binatang Surabaya ini, anda dapat melihat dua ekor haiwan iaitu ikan jerung ataupun ‘sura’ dan buaya. Dua ekor haiwan inilah yang menjadi inspirasi nama Surabaya.

Jika anda kaji mengenai asal-usul nama Surabaya ini, anda akan dapat membaca sebuah kisah rakyat dari Indonesia berkenaannya. Jadi apa lagi, kaji dahulu sebelum ke sana!

Alamat: Jl. Setail, Darmohttps://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Suroboyo-Monument.jpg


LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 09:13 PM

27. Museum Mpu Tantular
Mpu Tantular
Sumber: Tourismupw14project

Dibina pada tahun 1933, Museum Mpu Tantular adalah muzium negeri yang pada asalnya diberikan namaStedelijk Historisch Museum Soerabai.

Antara koleksi yang dapat dilihat dipamerkan di sini adalah koleksi arkeologi, koleksi biologi, koleksi emas dan banyak lagi. Selain daripada pameran ini, anda juga boleh melawat perpustakaannya, ruangan bimbingan edukasi dan banyak lagi.

Alamat: Jl. Raya Buduran – Jembatan Layang, Prasung
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Mpu-Tantular.jpg

LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 09:15 PM

26. Kolam Renang Wisata Bukit Mas
Kolam Renang Wisata Bukit Mas
Sumber: Ernis Sagita

Sudah puas menikmati segala macam tarikan yang terdapat di Surabaya, apa kata kalau anda sekeluarga melegakan badan dengan bermandi-manda di sebuah kolam renang yang bertemakan koloseum Itali di Bukit Mas Regency.

Kolam Renang Wisata Bukit Mas ini terbahagi kepada beberapa bahagian berbeza untuk menyesuaikannya dengan usia pelawat. Selain itu, fasiliti lain yang disediakan di sini adalah taman permainan kanak-kanak serta ruang santai yang berpayung.

Alamat: Komplek Perumahan Wisata Bukit Mas, Jalan Raya Menganti Lidah Wetan, Wiyung, Lakarsantri
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Kolam-Renang-Wisata-Bukit-Mas.jpg

LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 09:17 PM

25. Kebun Bibit Wonorejo (Taman Flora)
Bibit Wonorejo
Sumber: Miya Riskiaa

Kebun Bibit Wonorejo adalah taman flora indah dengan taman bunga dan rumah anggerik beserta sebuah tasik buatan dan merupakan tempat menarik di Surabaya yang menjadi tumpuan pelancong yang memburu ketenangan.

Di sini juga terdapat bukit kecil yang cukup luas untuk anda sekeluargaberaktiviti dan berseronok sambil menikmati udara segar.

Tarikan lain yang terdapat di Kebun Bibit Wonorejo ini adalah tarikan wall climbing yang sesuai untuk kanak-kanak dan lengkap dengan segala peralatan memanjat, laluan jogging, peralatan senaman dan taman permainan.

Alamat: Jl. Raya Manyar No. 80A, Baratajaya, Gubeng

https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Bibit-Wonorejo.jpg

LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 09:19 PM

24. Taman Pelangi
Taman Pelangi
Sumber: Reni

Ingin melawat tarikan yang indah dilihat di waktu malam semasa di Surabaya? Taman Pelangi adalah salah satu lokasinya. Taman Pelangi seperti yang dibayangkan adalah sebuah taman yang ceria dengan pelbagai warna di setiap pelusuknya.

Dari pintu masuknya sahaja anda sudah dapat merasakan aura taman ini yang dipancarkan pada 31 batang tiang dengan reka bentuk daun, tiang-tiang ini disuluhkan dengan cahaya warna-warni yang mengujakan sesiapa yang memandang. Tarikan lain yang terdapat di sini adalah taman permainan kanak-kanak dan air pancuran.

Alamat: Jl. Ahmad Yani No. 138, Gayungan
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Taman-Pelangi.jpg

LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 09:21 PM

23. Jembatan Suramadu
Jembatan Suramadu
Sumber: Garuda Indonesia

Inilah jambatan yang agak ikonik di Indonesia, mana tidaknya, Jambatan Suramadu adalah jambatan yang terpanjang di Indonesia.

Jambatan yang gah ini dibina untuk menghubungkan pulau Jawa dan pulau Madura. Sekiranya anda melalui jambatan ini pada waktu siang, anda dapat melihat pemandangan pulau Madura yang mempesonakan ditemani dengan hembusan bayu laut.

Pada waktu malam pula, suasana di jambatan ini akan dihidupkan dengan sinaran cahaya berwarna-warni.

Alamat: Jl. Tol Suramadu, Tambak Wedi, Kenjeran
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Jembatan-Suramadu.jpg

LelaRentaka7 Publish time 16-11-2021 09:22 PM

22. Ciputra Waterpark
Ciputra Waterpark
Sumber: Ciputra Waterpark

Ciputra Waterpark merupakan taman tema air yang terbesar di Indonesia. Rugi sekali rasanya jika anda tidak membawa keluarga ke sini untuk berseronok, macam makan nasi tak berlauk pula.

Antara tarikan-tarikan yang mesti anda cuba di sini adalah Sinbad’s Playground dengan drum air raksasa yang mencurahkan 3000 liter air, bayangkan berdiri di bawah tumpahan air ini? Memang syoklah!

Syracuse Beach pula adalah tarikan dengan kolam ombak berkeluasan 1800 meter persegi. Di Roc Tower, jantung anda akan berdegup kencang bermain gelongsor-gelongsor panjang yang terdapat di sini, tarikan Sirens River dan banyak lagi permainan air lain yang tidak akan membiarkan anda kebosanan walaupun sesaat.

Alamat: Kawasan Waterpark Boulevard Citraland, Sambikerep, Madehttps://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2018/02/Ciputra-Waterpark.jpg


Pages: [1] 2 3 4
View full version: MaiSinggahandTheCrazyTourist ✿25 Best Things to Do in Surabaya*post #45


ADVERTISEMENT