kerisnaga Publish time 16-11-2021 04:58 PM

Pelajar terbaik STAM 2020 Kedah maut kemalangan

Pelajar terbaik STAM 2020 Kedah maut kemalanganSafuri Kamarudin
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/stam16a_1637052787.jpg
MUHAMMAD Munzir maut dalam kemalangan di Jalan Baru Baling-Kupang berdekatan Simpang Empat Charok Nau, Baling, hari ini. FOTO ihsan pembaca.


Baling: Pelajar Terbaik Sekolah-Sekolah Menengah Agama Kedah 2020 maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Baru Baling-Kupang berdekatan Charok Nau, di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada 11.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Munzir Abdul Razak, 19, dipercayai dalam perjalanan ke pusat pengajiannya di Yayasan Khairiah Kampung Pisang, Kupang, sebelum motosikal ditunggangnya bertembung kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, berkata mangsa yang berasal dari Taman Pekatra Indah, Simpang Empat, Pulau Pinang, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.
Menurutnya, terdahulu mangsa baharu sahaja selesai menduduki ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi lesen menunggang motosikal kelas B2 di sekolah memandu di sini, dan lulus ujian berkenaan pada sebelah pagi.
"Sebaik mendapat keputusan ujian, mangsa menunggang motosikal Yamaha Lagenda untuk pulang ke pusat pengajiannya sebelum bertembung MPV di simpang empat berdekatan Charok Nau.
"Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dikatakan keluar simpang secara mengejut manakala pemandu MPV dari arah pekan Baling menyebabkan kedua-duanya berlanggar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhammad Munzir menerima pengiktirafan sebagai pelajar terbaik Kedah selepas mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 dan sedang menyambung pengajian di Yayasan Khairiah.
Shamsudin berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa melambung dan jatuh di laluan bertentangan selain parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Jenazah mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim bagi menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum proses bedah siasat dapat dilakukan.
"Pemandu MPV berusia 49 tahun berasal dari Kampung Kuala Chenerai, Kuala Pegang dilaporkan tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Disiarkan pada: November 16, 2021 @ 4:53pm









kerisnaga Publish time 16-11-2021 04:59 PM

Al-fatihah. salam takziah buat keluarga.

sfhzuraz Publish time 16-11-2021 08:23 PM

salam takziah.

https://pbs.twimg.com/media/D2gT2Y-VYAAU7Nf.jpg

namemysoul Publish time 16-11-2021 10:47 PM

Innalillah....
Pages: [1]
View full version: Pelajar terbaik STAM 2020 Kedah maut kemalangan


ADVERTISEMENT