kerisnaga Publish time 16-11-2021 04:51 PM

Kumpul hampir 10,000kg e-waste

Edited by kerisnaga at 16-11-2021 04:52 PM

Kumpul hampir 10,000kg e-waste

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2021-11-16_12-31-10_1637041447.jpg
Sharifah pada Majlis Pertandingan Household E-Waste Collection Hero di Pusat Sumber Alam Sekitar Taman Bagan Lalang. FOTO Ihsan JAS Pulau Pinang


Butterworth: Hampir 10,000 kilogram (kg) buangan elektrik dan elektronik (e-waste) berjaya dikumpul dalam tempoh 17 hari penganjuran Pertandingan Household E-Waste Collection Hero.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengadakan pertandingan berkenaan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai cara pengendalian e-waste.
Katanya, ia juga adalah satu program yang dirancang sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021.
"Program pengumpulan buangan e-waste ini telah bermula pada 15 Oktober dan berakhir pada 31 Oktober lalu dengan melibatkan penyertaan 20 premis industri dan lapan pusat kitar semula (PKS).
"Hasilnya, kita berjaya mengumpulkan buangan e-waste isi rumah sebanyak 7,400 kg daripada kategori industri dan 2,492 kg kategori PKS," katanya pada majlis penyampaian hadiah pertandingan berkenaan hari ini.
Bagi kategori industri, tempat pertama dimenangi syarikat Toray Plastics (M) Sdn Bhd, manakala tempat kedua oleh syarikat RK South Asia Sdn Bhd diikuti MSM Prai Bhd di tempat ketiga.
Pusat Sumber Alam Sekitar Taman Bagan Lalang pula menyandang tempat pertama kategori PKS, Pusat Kitar Semula Persatuan Ugama Buddha Butterworth (tempat kedua) dan Pusat Sumber Alam Sekitar Taman Sri Rambai Fasa IV (tempat ketiga).
Sementara itu, Sharifah Zakiah berkata, buangan e-waste tidak boleh dilupuskan di tempat sembarangan termasuk di tapak pelupusan sampah biasa, sebaliknya diurus secara lestari dan selamat.
Katanya JAS menyediakan pusat pengumpulan e-waste yang sesuai dengan maklumat mengenainya boleh diperoleh menerusi laman sesawang https://ewaste.doe.gov.my/.
Disiarkan pada: November 16, 2021 @ 1:44pm







Pages: [1]
View full version: Kumpul hampir 10,000kg e-waste


ADVERTISEMENT