CARI-MAL Publish time 16-11-2021 02:42 PM

Kena Jangkitan Kuman, Semoga Fatimah Cepat Sembuh

Kanak-kanak cilik yang pernah tular satu ketika dahulu kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan, Fatimah Omar Mukhlis dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru.


Perkara itu dikongsi menerusi Instagram keluarganya, @thefamily.uk yang turut meminta orang ramai supaya mendoakan si comel yang dilahirkan di United Kingdom (UK) itu kembali sihat.


“Tolong doakan Fatimah.


Dia sangat tidak sihat, sakit dada dan sukar untuk bernafas.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/16/143927alzzhhzai2qtlx2z.png



"Kini berada di bahagian kecemasan menunggu ambulans untuk memindahkannya ke hospital lain,” katanya, pada Selasa.


Menurut laman sosial itu, paras oksigen kanak-kanak itu juga dilaporkan menurun ketika di dalam ambulans.


Difahamkan Fatimah telah pun dipindahkan ke hospital kanak-kanak dan punca penyakit dialaminya sudah dikenal pasti.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/16/143927l15s00qn3ru4n7s3.png




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/16/143926ynpppmk9zqg9jgjv.png




“Fatimah mengalami jangkitan kuman (chest infection).


“Fatimah sudah dipindahkan ke hospital kanak-kanak,” katanya.


Rata-rata netizen mendoakan agar si cilik itu segera sembuh.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/16/143926k6q1vmfqx3vyqmzk.png



Populariti diraih si comel, Fatimah, di laman sosial memang cukup hebat apabila Instagram yang sering menampilkan keletah kanak-kanak perempuan itu dan adik-beradiknya diikuti hampir 600,000 orang seawal usianya empat tahun.


Fatimah yang dilahirkan di Birmingham, England menarik perhatian ramai kerana tidak melupakan bahasa Melayu walaupun membesar di perantauan.


Dia juga fasih ‘kecek kelate’ hasil didikan ibu bapanya yang tidak mahu anak mereka melupakan bahasa ibunda.


Selain bahasa Melayu, Fatimah juga fasih berbahasa Inggeris dan Siam.




Sumber: Awani

anakjiran Publish time 16-11-2021 03:36 PM

Moga cepat sembuh

SpyLeman Publish time 16-11-2021 04:13 PM

Semoga diangkat segala penyakit dik fatimah.

royaldanish Publish time 16-11-2021 04:56 PM

semoga cepat sembuh Fatimah {:1_152:}

Genkidesuka Publish time 16-11-2021 04:58 PM

شفاها الله

RinIna Publish time 16-11-2021 05:02 PM

Sedih masa dapat berita kematian pakcik ksygn diorg Chef Adam tu... diorg sgt rapat..

hareeeesah Publish time 16-11-2021 09:59 PM

Semoga yang baik-baik untuk fatimah & family.

Rogue98 Publish time 17-11-2021 12:25 AM

Get well soon Fatimah.

fealefea Publish time 17-11-2021 12:37 AM

Pakcik dia chef adamtu menninggal sebab jangkitan paru2. Semoga Fatimah cepat sembuh.

Simunggu Publish time 17-11-2021 08:54 AM

siapa budak ini? semoga cepat sembuh..

Simunggu Publish time 17-11-2021 08:55 AM

ingatkan budak yg nyanyi " pkp pkp...

nononcrux Publish time 17-11-2021 09:43 AM

Semoga Fatimah kuat, get well soon fatimah

yayah8989 Publish time 17-11-2021 09:45 AM

Semoga cepat sembuh dik

yayarin Publish time 17-11-2021 10:57 AM

syafakillah fatimah

NFBZCantik Publish time 17-11-2021 12:33 PM

semoga cepat sembuh fatimahh

makton Publish time 17-11-2021 12:56 PM

gws Fatimah...                     

pinksarah Publish time 17-11-2021 05:07 PM

kesian fatimah..

hrp x de kena mengena dgn covid sbb dkt UK ramai yg tak ambil endah psl social distancing and wearing mask..

hope fatimah's family ambil berat psl ni..

kesian tgk fatimah..mesti penat nak bernafas bila jd mcm ni..

alepmama Publish time 22-11-2021 01:42 PM

katanya covid negatif,
harap yang baik2 saja, teruk jugak keadaan even lepas discharge hospital pun

toynme Publish time 23-11-2021 11:54 AM

syafakillah fatimah
Pages: [1]
View full version: Kena Jangkitan Kuman, Semoga Fatimah Cepat Sembuh


ADVERTISEMENT