kerisnaga Publish time 16-11-2021 02:39 PM

Polis serbu port dadah di enam kampung

Polis serbu port dadah di enam kampung

Zuliaty Zulkiffli - November 16, 2021 @ 2:13pmbhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/pendang_1637043176.jpg
Sebahagian daripada penagih yang ditahan polis dalam serbuan di enam kampung di Pendang, semalam. NSTP/IHSAN PDRM


ALOR SETAR: Polis menyerbu beberapa lokasi panas dipercayai menjadi 'port' penagih dadah di enam kampung di daerah Pendang walaupun pernah diserbu sebelum ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Mohd Taufik Maidin, berkata serbuan dilakukan selama dua hari bermula Ahad lalu di Kampung Paya Kerchut, Charuk Kudong, Asam Jawa, Bendang Raja, Kubang Leret, Paya Sulaiman dan Kampung Lahar Batu.
Beliau berkata, serbuan dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.
Katanya, 35 penagih berusia antara 19 hingga 60 tahun ditahan di sekitar kebun kelapa sawit dan getah yang disyaki menjadi port mereka menagih.
"Tokan dipercayai menghantar dadah kepada penagih yang menunggu di kawasan ini untuk mendapatkan bekalan.
"Dalam serbuan ini, kami juga berjaya menahan pengedar di beberapa kawasan kampung berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Taufik berkata, tiga daripada penagih itu ditahan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, lapan mengikut Seksyen 12(2) ADB dan seorang mengikut Seksyen 6 (ADB) 1952.
"Seramai 23 individu lagi ditahan mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952.
"Jumlah dadah jenis heroin yang dirampas adalah 9.57 gram, syabu dianggarkan 5.81 gram dan ganja kira-kira 2.52 gram.
"Semakan rekod lampau mendapati ada tangkapan yang berpotensi untuk dituduh mengikut Seksyen 39C ADB 1952.
"Hasil siasatan awal juga mendapati terdapat pengedar dadah berpotensi disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985," katanya.
credit






Pages: [1]
View full version: Polis serbu port dadah di enam kampung


ADVERTISEMENT