CARI-MAL Publish time 16-11-2021 11:54 AM

'Siap Bunyi Lagu Mat Cool'- Kantoi Beli Ais Krim Lupa Tutup 'Mic' Ketika Kelas Online

Pelbagai kisah lucu dan ragam boleh dikongsi sepanjang pembelajaran di rumah ketika penularan Covid-19 baru-baru ini.


Ada yang mak dan ayah siapkan kerja sekolah, ada juga yang hanya ‘onkan’ video guru atau pensyarah tetapi pelajarnya sedang tidur.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/16/115311kmvmmdwexwwzxdtl.pngKredit foto: TikTok




Terbaharu tular di media sosial TikTok seorang pelajar telah ‘kantoi’ membeli ais krim ketika kelas secara video sedang dilakukan.


Satu perkongsian melalui TikTok @adulenn menyaksikan pelajar tersebut tidak perasan pembesar suaranya masih dipasang namun dia sedang membeli ais krim.


Keadaan itu mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai dan menyifatkan macam-macam berlaku ketika sesi pembelajaran di rumah.




7029267986359930138


7029214905475566874


“Siap bunyi lagu Mat Cool lagi tu, kantoi pegi beli ais krim, kau lawak la dik. Berdekah aku tengok video ni,” jelas Kak Na Along.


“Lapar sangat la tu tak pun beli untuk adik dia. Sabar je cikgu dengan kawan-kawan dia. Ceria sekejap kelas dia.


“Lain kali pastikan mic ditutup dulu. Aku pun mengelat juga kalau ada meeting dengan bos,” kata Rizalman Ahmad.




Sumber: K! ONLINE.

KamikuP Publish time 16-11-2021 01:01 PM

First time lawak..
Kalau buat lagi jadi hambar dekk

Wimoon Publish time 16-11-2021 04:05 PM

Teringat sorang kwn iolls.dia dgn confident nyanyi lagu mat cool dgn sebutan mak ku mak ku kawan ku..mari beli mak ku..sapo nak beli mak dia..mmg jd bahan gelak kwn² lah lps tu..

Suchi Publish time 16-11-2021 09:02 PM

Ermm dh lupa dh cemana pdpr sbbdh berbulan2 anak masuk sekolah bersemuka.
Ada lagi eh pdpr? Oh lupa tuk yg gilir2 tu.

emel4g Publish time 17-11-2021 10:53 AM

Suchi replied at 16-11-2021 09:02 PM
Ermm dh lupa dh cemana pdpr sbbdh berbulan2 anak masuk sekolah bersemuka.
Ada lagi eh pdpr? Oh lup ...

Ada je lagi pdpr tu sbb budak2 gilir2 gi sekolah sekarang kan.... cumanya aku perasan dah kureng sikit meriahnya pdpr bila gilir2 ni....mungkin sebab cikgu pun tak cukup tangan nak handle....ngajar dalam kelas lagi, nak post homework kat grup lagi....
Kesian pulak kat cikgu..

asfaz Publish time 21-11-2021 03:45 PM

Suchi replied at 16-11-2021 09:02 PM
Ermm dh lupa dh cemana pdpr sbbdh berbulan2 anak masuk sekolah bersemuka.
Ada lagi eh pdpr? Oh lup ...

Pdpr sekarang offline . Sekolah anak ai la.

asfaz Publish time 21-11-2021 03:47 PM

Anak ai pernah tertidur masa pdpr. Mujur camera tutup:lol:
Ai tgk dia senyap aje sekali tengok sedap dia melayan mimpi;P

Yang mula dlu dia tunggu cikgu accept. Lastnya tertido. Ai ckp haa baring lagi. Lain kali duduk bukan baring.
Pages: [1]
View full version: 'Siap Bunyi Lagu Mat Cool'- Kantoi Beli Ais Krim Lupa Tutup 'Mic' Ketika Kelas Online


ADVERTISEMENT