tari Publish time 16-11-2021 11:44 AM

Dasar pemberian dos penggalak secara walk-in diumumkan hari ini

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bosster_1637033127.jpg
KHAIRY Jamaluddin berucap ketika melancarkan Malaysia sebagai Destinasi Rawatan Hepatitis C bersempena persidangan insigHT2021. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali


Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengumumkan keputusan mengenai dasar 'walk-in' atau datang terus bagi mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19 pada petang ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dasar itu diumumkan selepas mesyuarat dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) penggalak.
Katanya, pengumuman antara lain bakal menyentuh mekanisme dan syarat bagi individu yang ingin hadir secara terus ke pusat pemberian vaksin untuk mendapatkan suntikan penggalak.
"Petang ini saya akan mempengerusikan mesyuarat CITF-B dan keputusan akan diumumkan hari ini mengenai kemudahan walk-in," katanya pada sidang media selepas melancarkan Destinasi Rawatan untuk Hepatitis C, sempena InsigHT2021, di sini, hari ini.


Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Perkhidmatan Kesihatan Malaysia (MHTC) Mohd Daud Mohd Arif dan Pengarah Urusan Berhad (Pharmaniaga), Datuk Zulkarnain Md Eusope.
Pada Khamis lalu, Khairy dilaporkan berkata, sebanyak 40 peratus golongan sasar yang diberikan janji temu untuk mendapatkan pelalian dos penggalak vaksin Covid-19 tidak hadir untuk menerima suntikan masing-masing.
Situasi berkenaan jelas menimbulkan kebimbangan kerana jumlah kehadiran penerima untuk dos pertama dan kedua vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) sebelum ini lebih tinggi iaitu 95 peratus.
Mengulas mengenai aduan segelintir penerima dos penggalak yang diarahkan balik apabila tiba di pusat pemberian vaksin (PPV), Khairy berkata, suntikan hanya akan diberikan sekiranya mereka memenuhi prasyarat.
Beliau berkata, ia meliputi cukup tempoh enam bulan selepas dos kedua bagi penerima vaksin Pfizer, manakala tiga bulan untuk yang diberikan Sinovac.
"Kalau tak cukup beberapa hari saja, kuasa budi bicara boleh digunakan di PPV untuk mereka diberikan suntikan dos penggalak.
"Tetapi jika tidak cukup tempoh beberapa minggu hingga sebulan, mereka akan diminta untuk datang semula dan janji temu bakal diberikan menerusi pemakluman di MySejahtera atau secara khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya.
Disiarkan pada: November 16, 2021 @ 11:25am

yayah8989 Publish time 16-11-2021 03:15 PM

wajib ke tak ek amik booster ni

tari Publish time 16-11-2021 03:28 PM

yayah8989 replied at 16-11-2021 03:15 PM
wajib ke tak ek amik booster ni

Setakat ni tak diwajibkan lagi kan

yayah8989 Publish time 16-11-2021 03:45 PM

tari replied at 16-11-2021 03:28 PM
Setakat ni tak diwajibkan lagi kan

tapi tak mendapat sambutan kan.
so far didahulukan frontliner dulu

AbukRokok Publish time 16-11-2021 04:31 PM


boleh mencegah jangkitan ... POWER :lol:


gekkou Publish time 18-11-2021 10:44 PM

meols geng AZ
kalau kena amik booster rasanya pegi je tadah lengan
but now hati mcm ke arah keberatan

cumanya i tgk keyakinan rakyat makin kurang pada vaksin ni
sbb kes tinggi jua
pulak tu keputusan pemerintah ni kejap kata 2 dose lengkap cukup
kejap kata keberkesanan makin kurang
0rang2 yang cakna dan suka mencari maklumat ni mungkin faham
ada sesetengah golongan tidak faham pn pasal pandemik, vaksin R naught etc ni
Pages: [1]
View full version: Dasar pemberian dos penggalak secara walk-in diumumkan hari ini


ADVERTISEMENT