tari Publish time 16-11-2021 11:30 AM

Itu bukan gambar datuk Alisha yang meninggal dunia

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/gambar_salah_1637030118.jpg
AHLI keluarga arwah Alisha kesal ada pihak yang menggunakan gambar salah. FOTO ihsan pembaca


Putrajaya: "Kami mahu pihak yang memuat naik gambar itu tampil meminta maaf kerana apa yang mereka lakukan itu menyinggung perasaan kami sekeluarga yang sedang berduka," kata Anom Suhana.
Anom, 40, adalah ibu saudara kepada murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), Alisha Safiya Mohd Azlin, 7, yang maut dilanggar van sekolah Jumaat lalu.
Dia kesal kerana banyak pihak menyiarkan berita tragedi yang menimpa anak saudaranya menggunakan gambar yang salah .
Katanya, arwah bapanya yang meninggal dunia ialah Saad Hashim, 70, tetapi banyak berita di media sosial menyiarkan gambar Alisha dengan gambar datuk sebelah ibu Alisha iaitu Saad Long yang tinggal di Langkawi, Kedah dan masih sihat.


"Kami kesal gambar digunakan tanpa pengetahuan keluarga. Kami tertekan apabila ramai rakan dan ahli keluarga bertanya mengenai gambar berkenaan apabila ia tular sejak Ahad lalu.
"Jika nak tulis berita pun biarlah yang betul dan hubungi ahli keluarga terlebih dulu supaya dapat kebenaran dan maklumat yang tepat.
"Setahu saya hanya wakil Harian Metro saja yang menghubungi bagi mendapatkan maklumat dan selebihnya tidak tahu bagaimana mereka boleh mendapat maklumat dengan menggunakan gambar yang salah," katanya.
Justeru, dia mahu pihak yang menggunakan gambar itu tampil meminta maaf kerana apa yang mereka lakukan sudah melampaui batas.
Menurutnya, pemergian arwah Alisha dan bapanya memberi kesan mendalam terhadap mereka sekeluarga kerana berlaku dalam masa 48 jam namun mereka reda dengan ketentuan Ilahi.
Jumaat lalu, Alisha yang maut dilanggar van sekolah berhampiran tadika di Taman Dahlia BBST dikebumikan pada Sabtu di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Lanjut, Salak.
Arwah datuknya, Saad dari Felda 5 Keratong, Bandar Tun Abdul Razak, Pahang yang menghidap penyakit kencing manis sejak 10 tahun lalu meninggal dunia pada 4 pagi Ahad dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keratong 4 dan 5.
16 NOVEMBER 2021.Ahli keluarga arwah Alisha kesal ada pihak yang menggunakan gambar salah dan menyiarkanya di media sosial.Pix ihsan pembaca.
Disiarkan pada: November 16, 2021 @ 10:35am



amisery Publish time 16-11-2021 11:58 AM

oh ye ke?
Pages: [1]
View full version: Itu bukan gambar datuk Alisha yang meninggal dunia


ADVERTISEMENT