tari Publish time 16-11-2021 06:53 AM

Penggantian kenderaan polis dilakukan berperingkat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/polsimpvva1_1636976953.jpg
MAZLAN (kanan) bersama Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop (kiri) meninjau kenderaan polis yang akan digunakan oleh pasukan polis Negeri Sembilan pada Lawatan Kerja dan Penyerahan Kenderaan Pasukan Toyota Hilux GS Cargo dan Van Go Auto Higer Ace di IPK Negeri Sembilan. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin



Seremban: Sebanyak 82 peratus kenderaan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri Sembilan yang sudah uzur akan ditukar dari semasa ke semasa.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, ketika ini pihaknya menyelenggara kenderaan melebihi usia berkenaan dengan baik mengikut masa yang ditetapkan.
"Kenderaan itu masih boleh digunakan walaupun ia melebihi had usia, bagaimanapun ia akan ditukar secara berperingkat mengikut kemampuan dan bajet.
"Dalam mengurus aset berkenaan, terdapat kekangan dan halangan di luar kawalan yang terpaksa dihadapi antaranya aspek pengurusan kenderaan pasukan, yang mana hampir 82 peratus kenderaan pasukan melebihi had usia penggunaan yang ekonomik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan kenderaan pasukan di IPK Negeri Sembilan, di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Mazlan menyerahkan 16 pacuan empat roda Toyota Hilux GS Cargo dan sembilan van Go Auto Higer Ace kepada IPK Negeri Sembilan yang diwakili Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.
Katanya, pengurusan aset yang sudah berusia dan uzur bukanlah perkara mudah, lebih-lebih lagi tempoh penggunaan kebanyakan kenderaan melebihi 15 hingga 20 tahun.
Sementara itu, Mohamad dalam ucapannya berkata, pihaknya melahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan tertinggi PDRM kerana sentiasa peka dengan keperluan dan masalah logistik di kontinjen Negeri Sembilan ini.
"Kita berharap agar usaha penambahbaikan yang sedang dilaksanakan akan diteruskan, malah dipertingkatkan lagi bagi memenuhi harapan masyarakat terhadap PDRM.
"Masyarakat sentiasa mahukan perkhidmatan yang berkualiti, cepat dan tepat.
"Sebagai warga PDRM, kita perlu merancang dengan lebih rapi dan teliti dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan secara efektif dan berkesan," katanya.
sumber

musangbodoh Publish time 16-11-2021 10:33 AM

kt tmpat aku radiocar pakai kancil mata bulat{:thumbo
Pages: [1]
View full version: Penggantian kenderaan polis dilakukan berperingkat


ADVERTISEMENT