Raline Publish time 16-11-2021 12:04 AM

Puaskan keinginan diri dengan hantu pokok pisang?

http://2.bp.blogspot.com/-asZdzTwteQY/T1BcE_oYsUI/AAAAAAAAIaM/u8axmaFaSmk/s400/lolo11.jpg
Gambar hiasan


Pokok pisang nampak macam tak seram je tapi pokok inilah yang selalunya ada penampakan hantu terutamanya hantu-hantu yang suka berubah jadi perempuan cantik macam Pontianak.

Terdapat pelbagai kepercayaan mengenai hantu yang suka menghinggap pokok pisang ni tapi yang paling menarik ialah hantu pokok pisang kepercayaan Cina.

Puaskan keinginan diri

Ada segelintir manusia yang suka menggunakan alam mistik ni untuk mendapatkan kekayaan atau sesuatu dengan cara yang mudah, tak kira kepercayaan atau budaya. Tapi ada satu kepercayaan yang kegunaannya sangat unik.

Menurut kepercayaan Cina atau lebih tepat, kepercayaan Taoism, Hantu Pokok Pisang atau Bao Jiao Gui digunakan untuk mendapatkan nombor kemenangan bagi nombor ekor atau lebih dikenali sebagai TOTO atau Lotto.

Selain untuk mendapatkan kekayaan, ia juga digunakan untuk memuaskan nafsu. Ya, mereka menggunakan hantu pokok pisang ini untuk memuaskan nafsu diorang. Pendek kata diorang ni macam cari pelacuran percumalah.

Sebagai tanda hormat, mereka menamakan Hantu Pokok Pisang ini sebagai Pari-Pari Pokok Pisang atau Banana Tree Fairy (lagi elok pula nama dia dalam bahasa Inggeris), dengan kepercayaan ia lebih selamat untuk buat atau meminta sesuatu daripadanya.


Cara menyeru

Dipercayai cara untuk menyeru hantu pokok pisang ni adalah dengan memiliki satu tangkal yang sangatlah jarang dilihat.

Mereka selalunya akan menggunakan benang merah untuk diikat di pokok pisang tu dan bawa benang itu ke rumah usang yang mereka boleh tidur ataupun ikat di katil.

Kemudiannya meletakkan tangkal itu dibawah bantal dan melafazkan kata-kata rahsia.

Hantu Pokok Pisang itu akan datang dalam rupa gadis cantik yang menyuruh mereka untuk melepaskannya dan ketika itulah mereka akan meminta nombor ekoratau memuaskan nafsu mereka.

Melepaskannya selepas janji ditunaikan

Lepas selesai je “berseronok” atau dapat nombor ekor tu, mereka kena lepaskan hantu tu. Kalau tak diorang akan mati sebelum mereka dapat menggunakan duit nombor ekor tu.

Ada juga yang mengatakan yang lepas sahaja selesai urusan mereka, diorang kena bakar pokok pisang tu.

Diorang juga mempercayai yang tak semua pokok pisang ni mempunyai Bao Jiao Gui. Pokok pisang ni juga boleh mempunyai hantu-hantu yang lain, jadi mereka kenalah berhati-hati ketika memilih pokok.

Dan bergantung kepada siapa yang bercerita, ada je yang kata Pontianak tu adalah hantu pokok pisang.

Kalau untuk perjudian tu biasalah semua orang pernah dengar orang cari hantu untuk menang tapi untuk puaskan nafsu tu lain macam sikit.

Sekarang ni korang semua dah tau yang pokok pisang ni bukanlah pokok yang biasa-biasa je, dah macam rumah hantu dah.

Sumber:https://penunggu.com/lagenda-urban/hantu-untuk-puaskan-nafsu/

chandrahusin Publish time 16-11-2021 10:29 AM

mcm salah satu kisah dlm filem Sini Ada Hantu 2011
Fasha Sandha jadi hantu pokok pisang
menjelma jadi pempuan lawa
pegi rumah lelaki tak ingat sapa

twins Publish time 17-11-2021 11:55 AM

sila baca benangPengalaman Budak2 Nakal TT Exoskeleton.... dia ada cerita tentang hantu pokok pisang & "kawan" dia yg biasa "berseronok" dengan hantu pokok pisang ni...

Jungleman Publish time 17-11-2021 07:12 PM

Edited by Jungleman at 17-11-2021 11:07 PM

Hantu Pokok Pisang pernah kena feature dalam permainan komputer Amerika Syarikat bernama The Unavowed. https://www.youtube.com/watch?v=3FfxeWw5rLQ
(Spoiler) Tapi dah seru Hantu Pokok Pisang, keluar naga pula. What the hell is that all about?

But anyway, menurut kata-kata orang Cina, kerap "berdamping" dengan hantu boleh menyebabkan kekerapan kesihatan merosot. Itu yang saya dengar lah. Macam cerita Barat bahawa kerap buat dengan Succubus akan menyebabkan kesihatan menjunam. :lol:
Pages: [1]
View full version: Puaskan keinginan diri dengan hantu pokok pisang?


ADVERTISEMENT