Raline Publish time 15-11-2021 11:31 PM

Jangan nekad bunuh diri, ada talian hayat

Jangan nekad bunuh diri, ada talian hayat

https://assets.bharian.com.my/images/articles/healthcare.jpg_1635827147.jpg
Akses di media sosial sedia rangkaian bantuan untuk individu hidap masalah kesihatan mental.- Gambar hiasa

KUALA LUMPUR: Individu yang menghidapi kesihatan mental hingga ada nekad membunuh diri tidak seharusnya melaluinya bersendirian, sebaliknya perlu berkongsi masalah bagi mendapatkan sokongan daripada pelbagai pihak terutama pakar berwibawa.

Menyedari masalah mental perlu dibendung, Facebook Malaysia dengan kerjasama Persatuan

Kesedaran Dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Awareness Againsts Suicide (AWAS) Malaysia dan BefriendersKL melancarkan #SamaSamaSupport, iaitu kempen mengenai kesihatan serta kesejahteraan mental dengan menyediakan akses yang betul.

Pengarah Facebook Malaysia, Nicole Tan, berkata pihaknya membantu memudahkan akses kepada sumber kesihatan mental dan menghubungkan mereka dengan rakan

kerjasama pakar seperti MIASA, AWAS Malaysia dan BefriendersKL untuk mendapatkan bantuan.

"Menerusi kempen ini, kami ingin meluaskan lagi akses kepada bantuan kesihatan dan kesejahteraan mental, melalui platform di Facebook, Instagram dan WhatsApp, pada bila-bila masa.

"Kami berharap menerusi komuniti ini di media sosial, orang ramai akan dapat menggunakan rangkaian bantuan yang diperlukan selain meningkatkan daya tahan emosi seterusnya mengurangkan stigma negatif masyarakat mengenai masalah mental ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran secara maya kempen #samasamasupport membabitkan perbincangan panel dikendalikan Nicole, bertemakan 'Hubungan dan Keterangkuman Sosial sebagai sebahagian penting dalam membina kedayatahanan emosi untuk membantu menghapuskan stigma kesihatan mental, baru-baru ini.

Turut sama beberapa panel adalah Presiden MIASA, Anita Abu Bakar; Pengasas AWAS, Alia Ali; Timbalan Pengerusi BefriendersKL, Victor Tan dan pelakon, Diana Danielle.

Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, isu kesihatan mental turut menyebabkan segelintir individu nekad membunuh diri.

Sebanyak 638 kes bunuh diri dilaporkan antara Januari dan Julai tahun ini berbanding 262 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/02nicole_1635827152.jpg
Nicole Tan (kiri) dan Anita Abu Bakar.

Data Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menyaksikan peningkatan kes bunuh diri dan kesejahteraan mental di negara ini membimbangkan.

Malah, antara 1 Januari hingga 18 Jun lalu, talian bantuan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menunjukkan 89.4 peratus adalah berkaitan isu kesihatan mental memerlukan sokongan emosi dan psikologi.

Ada 'talian hayat', lantas Anita berkata, pihaknya menyedari banyak perubahan yang perlu dilakukan bagi mewujudkan persepsi mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental supaya tidak merasa bersendirian dan terasing.

"Kami sedang berusaha untuk memastikan setiap orang mendapat sokongan kesihatan mental yang mereka perlukan.

"Menerusi sokongan ini dan juga kempen seperti #SamaSamaSupport, kami berharap untuk terus mengetengahkan isu ini dengan membantu orang ramai mereka mempunyai sokongan seterusnya bersedia meminta bantuan yang sewajarnya," katanya.

Katanya, masyarakat perlu sedar meminta bantuan tidak menjadikan diri mereka lemah sebaliknya ia membuktikan kesediaan mereka untuk mendapatkan rawatan di saluran yang betul.

"Membantu diri sendiri harus dilihat sebagai perkara yang positif dan juga boleh mempengaruhi orang lain untuk tampil ke hadapan seterusnya mendapatkan bantuan segera," katanya.

Dengan matlamat menyokong organisasi kesihatan mental, MIASA dan AWAS Malaysia akan menjadi badan bukan kerajaan (NGO) pertama di Malaysia yang bekerjasama dengan melancarkan 'WhatsApp Chatbot', tidak lama lagi.

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2021/11/882891/jangan-nekad-bunuh-diri-ada-talian-hayat

seribulan Publish time 3-12-2021 04:33 PM

Good info sharing...
Pages: [1]
View full version: Jangan nekad bunuh diri, ada talian hayat


ADVERTISEMENT